Pening Tapi Best

Hari ini aku masuk pejabat dengan pelbagai tekanan. Macam-macam yang aku kena fikirkan. Huh aku rasakan kepala aku ni dah jadi macam kilang rempah..banyak sangat benda..tapi walau apa pun terpaksa juga aku buat x tau untuk tenteramkan hati ku..dan menjalankan kerja aku seperti biasa..pagi tadi dalam kepala aku dok kusut2 ni tiba2 handset aku berdering...ada peserta nak minta syarikat kami buat kursus minggu depan aduh..memang la ini berita bagus tapi masalahnya aku nak kena siapkan modul yang sesuai pula dengan apa yang diorang mahukan..ehmm...nampaknya hari ni @ esok ja lah hari untuk aku dan member aku siapkan modul yang akan digunakan untuk minggu depan. X tau la mcm mana pengetahuan kumpulan peserta tu nanti....rasa macam hebat ja dari apa yang dia cakap dengan aku dalam phone tadi..tapi harap2 dia x la sehebat kami hehehehe..bukan apa.. Kalau x penat la..untuk pengetahuan semua kumpulan peserta yang nak kursus minggu depan ni diorang datang dari Seremban , Negeri Sembilan..wow..rasa bangga juga sebab peserta dari jauh pun sanggup nak buat dengan syarikat kami..Alhamdulillah..itulah yang aku maksudkan dengan pening tapi best iaitu pening sebab kena banyak fikir dan best pula bila dapat buat & selesai masalah semua tu rasa nikmat dan kepuasan...

Pelanggan Sentiasa Betul

Bila mana pelanggan di katakan semuanya betul kadang2 jika difikirkan ianya memang bagus tetapi dalam masanya sama kita semua kena juga berfikiran fositif kerana kita tidak harus menggunakannya di situasi yang salah atau sesuka hati sahaja. Ini kerana jika menggunakannya di situasi yang tidak betul/ tanpa berfikir ini boleh menimbulkan pandangan yang kurang baik terhadap seseorang itu. Sebab apa aku berpendapat begitu adalah kerana apa yang aku dapat lihat setelah aku berkhidmat di sebuah syarikat pengiklanan dan ICT ni aku nampak kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan syarikat tempat aku bekerja, acapkalinya ikut kepala dia sahaja didalam urusan perniagaan atau tempahan tetapi ini tak bermaksud aku mengatakan semua pelanggan kami begitu..aku akui hal ini hanya berlaku dalam peratusan yang kecil sahaja tetapi apa yang aku hendak bincangkan/ sampaikan adalah kita seharusnya mensifarkan peratusan yang kurang baik itu walaupun jumlahnya sedikit kerana dengan benda yang sedikit la jika dibiarkan dan tidak ada usaha/ nasihat ianya akan menjadi besar…betul tak?..
Ini kerana kadang2 aku tengok ada juga pelanggan yang tak tahu pun tentang selok belok perkhidmatan yang syarikat kami sediakan tetapi saja pura2 tahu dan pandai lebih dari pekerja yang berkhidmat lama. Ada kalanya menghiburkan juga bila aku tengok sikap pelanggan kerana sepanjang aku kerja di tempat ini aku dapat bertemu dengan pelbagai jenis dan bangsa pelanggan dan dalam masanya sama juga aku dapat lihat pelbagai jenis perangai dan gaya mereka...
Tetapi yang paling aku dan member tak suka adalah sikap pelanggan yang suka push nak keja siap cepat sebelum date line yang telah ditetapkan ini yang membosankan..perkara ini pernah berlaku dan boleh dikatakan kerap juga la, ini biasanya syarikat2 besar ..dan ada juga pelanggan yang cakap suka ubah2, ada juga yang nak siap cepat tapi bila time bayar lambat..ada juga yang nak cepat tapi bahan tak lengkap, yang paling best nak pening kepala, nak reka bentuk cantik, warna menarik, design buat yang kelas tinggi tapi kos kira murah2 cukup laaaa..hahaha..itulah yang aku kata tu susah juga bila kita guna pakai “ pelanggan sentiasa betul “ tanpa berfikir dulu..sebab ini akan menyebabkan pekerja dan pemilik menjadi pening kepala dan bosan..

Tidak Berperikemanusiaan

Selasa – Hari ni aku berasa tersentuh hati bilamana aku membaca sebuah akhbar tempatan semasa minum pagi di kedai kat bawah pejabat aku. Punca aku berasa macam tu adalah kerana aku ada terbaca mengenai satu artikal yang berkaitan “ Suami Maut dan Isteri Parah kerana diragut”. Aduh aku rasa begitu menyakitkan kerana kurang lebih 2 minggu yang lalu kita semua di paparkan dengan berita yang sama punyanya iaitu seorang warga emas berusia 66 tahun maut setelah terjatuh daripada motosikal yang dibonceng akibat diragut di Alor Setar.

Dan akhbar hari pula mencerikan tetang benda yang sama lagi...dan kes ini pun mengakibatkan kematian dan cedera. Aku rasa hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana gejala sebegini haruslah sama2 kita membanterasnya…adakah ini semua terjadi disebabkan sikap masyarakat kita sendiri iaitu kurangnya keprihatinan terhadap gejala ini atau pun kerana kita mempunyai sikap nafsi2? Sekiranya semua ini masih lagi terpahat di hati kita jom lah kita sama2 berubah kerana selagi mana gejala ini dibiarkan semakin menularlah kegiatan jahat mereka..dan jika anda perasan kebanyakkan kes ini jika peragutnya berjaya ditangkap, orang apa yang selalunya terlibat? Ehmmm…jawapannya orang melayukan?..ini yang lebih menyakitkan, membimbangkan & memalukan kita semua...bagi pendapat aku untuk membasmi masalah ini aku rasa ianya bermula dari rumah iaitu didikan, tunjuk ajar serta hasil rezeki yang diberikan ini tak bermakna aku salahkan 100% kepada ibubapa tetapi sesuatu benda yang terjadi biasanya ada kaitan dengan kekeluargaan kerana ia merupakan perkara asas dalam membentuk keperibadian seseorang anak mestilah kekeluargaan dan dalam masanya sama juga pada pendapat aku, rasanya pihak berkuasa harus memperbanyakkan rondaan serta tempatkan anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan2 pasar raya dan tempat2 yang biasanya dijadikan sasaran pihak yg tidak bertanggungjawab ini.Semoga dengan adanya penguasaan dari pihak berkuasa ini sedikit sebanyak akan membantu menyekat gejala ini daripada terus aktif dan orang awam akan berasa lebih selamat & selesa untuk melakukan aktiviti harian di tempat2 awam sekiranya tidak ada lagi masalah sebegini. Apa yang tercatat diatas ini hanyalah pendapat aku sahaja demi untuk kebaikan kita bersama dan jika pembaca mempunyai cadangan/ komen sila gunakan borang yang telah disediakan, terima kasih

Ziarah Saudara Mara

Isnin - Hari ni aku pergi umah mak saudara aku di jalan Kuala Kedah. Aku pi sana dengan member tempat keja. Kami pi sana sebelah pagi iaitu dalam waktu keja tapi bukan mengulat dalam masa yg sama aku pegi jumpa dengan orang dulu untuk bincang berkaitan urusan kerja dan kami sampai umah mak saudara aku ni pun dah dekat tengah hari dah la...aku sebenarnya dah lama tak pegi umah mak saudara aku ni..time aku sampai tu kebetulan mak saudara aku tak ada di umah, yang ada time tu suami dia iaitu pak cik aku la tapi pak cik ipar..
suami mak cik aku ni la ni tak sihat dia baru keluar dari hospital. Semasa kami sampai tu anak mak cik aku yang tinggal di KL ada dia balik cuti sambil tu ziarah pak cik aku sama almaklumlah cuti sekolah...time aku & member sampai depa semua tak kenal aku..tak tau la samada memang tak kenal atau buat2 tak kenal...kami berdiri kat pintu tu ada ka patut anak mak cik aku tanya kami dari mana dan cari sapa..ada apa hal??....
Last2 baru dia kenal itu pun aku pekenal nama aku...

Dipendekkan cerita kami ka situ lebih kurang 1 jam lebih juga la sebab tungu mak cik aku dia balik lewat..lepas mak cik aku balik..mula2 aku risau juga takut mak cik aku marah aku ka apa ka....tapi oklah sebab soalan dia kali n ok..lama dah samapai?..mak cik ada keja tadi..depa buat air tak?.. ok la tu..sebab sebelum ni dia akan tanya aku ada hal apa cari dia...sebab biasanya dia kanan kata aku jika tak ada keja maka aku pun tak akan ke sana..

Aku pun bagi la tahu dia yang aku ni pi sebab kami dengar kata pak cik aku tak sihat..tu yang aku pi jadi wakil keluarga untuk ziarah walaupun time keja ni aku mai juga sat..biasa la bila mak cik aku dengar jawapan dari aku mak cik aku pun semakin manis muka dia dan sembang semakin rancak...tanya benda..tanya benda ni...dalam sembang2 tu aku pun bagi la bagi tau tujuan utama aku pi situ time2 keja ni..setelah dengar tujuan aku mak cik aku pun tanpa cakap banyak terus bangun dan ambil beg simpanan dia dan terus bagi benda yang aku mahukan tu...haaaaaa mungkin anda tertanya2 apa bendanya...ehmm...bendanya adalah...geran tanah . ianya termasuklah nama arwah ayah aku..aku nak ambil geran tu sebenarnya utk tujuan proses ubah nama kepada nama aku,kakak dan mak aku itu ja..tapi nak pi ambil dari mak cik aku tu saja yg menjadi tagak2 sebab mak cik aku ni dia jenis susah sikit kalau nak minta benda2 tu semua tapi...Alhamdulillahlah sebab semuanya berjalan dengan lancar hari ni..

Kena mengajar KJP

Kursus Asas membina laman web dan blog di Sek Agama Kedah ini adalah program terakhir untuk bulan Nov dan syarikat kami akan memulakan aktiviti untuk kursus KJP adalah pada 8 Dis 2009. Kepada sesiapa yang berminat sila membuat pendaftaran mulai sekarang.

  • Kursus dijalankan selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 Nov 2009 - Sek Agama Kedah

  • Kursus dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pihak Pengurusan Sekolah Menengah Agama Kedah dan Syarikat kami.

  • Peserta kursus terdiri daripada pelajar yang dipilih oleh pengurusan sekolah berkenaan iaitu dari pelajar tingkatan 4 seramai 43 orang peserta.

  • Kursus dijalankan secara teori dan praktikal.

Antara kursus yang kami jalankan :

  • Kursus membina laman blog
  • Kursus membina laman web (asas/advance)
  • Kursus photoshop
  • Kursus swish max
  • Kursus frontpage
  • Kursus bahasa manderin
  • Dan lain- lain kursus berkaitan komputer & rekabentuk laman web.

Pulang Kerja Lewat

Sekarang jam di pejabat sudah menunjukkan jam 6.15 petang ini bermakna waktu pulang sebenar dah lebih 1 jam 15 minit. Aku masih belum pulang lagi..sekarang di pejabat ini masih ada 3 orang lagi yang masih menyiapkan kerja masing2.

Pada mulanya aku cadang untuk balik awal petang ini tapi itulah yang dikatakan kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan…bukan apa aku tak balik lagi ini sebab ada pelajar dari KUKUM datang jumpa untuk berbincang berkaitan latihan industri. Insya Allah jika tidak ada apa2 hal dia akan lapor diri pada 1 Dis 2009.

Selain dari berbincang dengan pelajar berkenaan aku juga ada berbincang dengan pengarah syarikat berkaitan aktiviti/ projek akhir tahun, keadaan pejabat serta kebajikan kakitangan. Harap2 ianya akan memberi satu berita yang positif kepada semua peringkat.

Jumpa Boss Lama

Isnin - Hari ini aku masuk pejabat seperti biasa iaitu sebelum jam 9 pagi. Hari ni keadaan di pejabat agak sunyi daripada biasa ini disebabkan ada staf yang masih bercuti mungkin tak cukup 3 hari kot…(..depa buat korban tiap2 hari agaknya..)

Tetapi bagi aku cuti ka tak ka samaja..yang penting kerja mesti siap…

Hari ni nak katakan kerja banyak tak la sangat tapi biasalah keja tetap perlu disiapkan mengikut tarikh..tapi dalam kesebokan hari ni aku dan member aku sempat juga keluar cari projek kat luar..aku ada temujanji dengan seorang member dan boss lama aku..lama sungguh aku tak jumpa bekas boss aku ni.. sejak 2004/2005 jika tak salah aku. Kami jumpa di kedai pokok ceri iaitu kedai tempat aku dan member aku selalu lepak..itu pun kami jumpa time rehat bukan time kerja tauuu…Dalam sembang2 tu bekas boss aku ni ada la ceta sikit berkenaan satu projek sampingan tapi bukan MLM. Tapi ianya ada kaitan dengan pembangunan laman web bagi aku boleh dengar la ceta ni sebab bukan jual barang/ ubat..Insya Allah nanti kami akan jumpa lagi untuk bersembang dengan lebih lanjut lagi sebab almaklumlah sembang time rehat mana cukup masa… Apa- pun Alhamdulillah lah sebab walaupun masing2 dah membawa haluan sendiri (keja tempat lain) tetapi ukhwah persahabat masih lagi terjalin.

Jalan Langgar

Jalan Langgar adalah satu jalan utama yang menghubungkan bandaraya Alor Setar ke Daerah Pokok Sena. Ianya juga merupakan satu2nya laluan untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Jalan Langgar kini dalam proses penambahbaikan iaitu pihak kerajaan sedang membuat jalan baru, ianya akan menjadi lebih lebar dan selesa kepada pengguna. Tetapi apa yang hendak saya sampaikan ini adalah keadaan jalan buat masa sekarang..wooo ianya bagi saya boleh dikatakan teruk dan bahaya terutama bila waktu malam dan keadaan hujan… ini kerana jalan ini mempunyai banyak lubang tak kira di tepi mahupun tengah jalan ini yang membimbangkan saya. Ini kerana saya merupakan pengguna jalan ini untuk ulang alik ke tempat kerja.

Bagi pandangan saya seharusnya pihak pemaju/ pihak bertanggungjawab yang membina jalan tersebut haruslah peka….dalam melaksankan kerja maksud saya mereka sediakan lah lampu (yang berkelip) terutamanya pada selekoh yang boleh memberi isyarat kepada pengguna, sekurang2nya boleh memberitahu pengguna (yang jarang melalui jalan itu..).sebab bagi saya ianya sangat bahaya terutama pada sebelah malam kerana jalan tersebut memang gelap. Dan lagi satu tolong lah bersihkan sisa2 batu yang tertumpah dijalan setelah selesai kerja harian kerana ini juga menjadi salah satu punca kemalangan..apa yang dilihat banyak batu2 bersepah di jalan..sudahlah jalan berlubang batu pula bersepah..

Sebagai pengguna jalan ini (jln langgar) saya sangat berharap agar jalan ini dapat disiapkan dengan cepat dan didalam cepat2 itu pun pihak berkenaan haruslah memastikan isu keselamat juga.. dan mudah-mudahan projek ini tidak seperti pembinaan jalan kodiang yang mengambil masa yang begitu lama.

Ibu

Seorang anak akan lebih rapat dengan ibunya. Ini mungkin kerana ibu yang melahirkan kita serta dialah orang yang menyusukan kita dan sebagainya.. seorang anak juga akan mudah mendengar kata2 dari ibu.Alhamdulillah aku masih lagi mempunyai ibu walaupun abah aku sudah 6 tahun pergi manyambut panggilan ilahi. (al fatihah)

Bagi aku ibu akulah segalanya iaitu ibu dan abah kepada kami. Aku masih lagi rapat seperti dulu dengan ibu aku walaupun aku sudah berumahtangga. Kerana bagi aku ibu aku adalah ibu yang terbaik yang pernah aku temui ini (perkataan ini mesti akan keluar dari semua orang yg bergelar anak..) kerana walaupun ada orang mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada kami sekeluarga ibu aku tidak kisah dan ianya masih lagi mampu memberi nasihat kepada kami iaitu anak2nya supaya kami jangan buat macam ni..jgn buat macam tu…sabar dan sebagainya…dia nampak begitu tabah dihadapan kami walaupun aku tahu dia menanggung keperitan itu secara senyap2 (sorang2) kadang kala dia menangis keseorangan. Aku cukup kagum dengan sikap yang Allah berikan kepada ibu ku. Terima kasih Tuhan di atas segala apa yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga…

Esok Hari Raya (Haji..)

Khamis – Esok Hari Raya Aidil Adha ( Raya Haji), dalam kemeriahan umat islam lain untuk menyambut hari raya esok, aku masih lagi bekerja seperti biasa. Aku berasa seperti esok bukan hari raya..aku pun tak tahu apa sebabnya.. mungkin aku rasa begini sebab kepala aku kusut memikirkan tetang kehidupan aku dan apa lagi rintangan yang harus aku lalui (aku rasakan hari demi hari aku banyak diuji..). Ini tidak bermakna aku takut untuk melalui rintangan atau ujian tetapi aku tidak suka melalui ujian seperti mana yang aku lalui sebelum ini. Sebab bagi aku rintangan/ ujian yang aku lalui sebelum ini adalah berpunca dari orang lain atau campur tangan orang luar dalam urusan peribadi aku.Ini yang menyebabkan aku menjadi buntu.

Tetapi apa pun masalah/ ujian aku, aku tetap akan laluinya dengan hati terbuka serta redha dengan apa yang Allah berikan kpd aku. Aku berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan buktikan kepada semua (terutama…) yang aku juga mampu untuk mengharungi semua halangan/ ujian yang datang walaupun aku sedar ianya lambat (utk membuktikannya)..tetapi bagi aku ianya lebih baik dari hanya menekan dan menindas.. sekurang2nya aku cuba melakukan kebaikan walaupun orang lain tidak nampak apa yang aku lakukan. Lagi pun aku tahu aku tidak dapat memuaskan hati semua orang dan apa yang aku lakukan selama ini dan kedepan bukan untuk meminta balasan.

Oklah berbalik kepada kisah raya esok…apa2 pun raya haji esok tetap menyeronokkan aku sebab aku akan beraya dirumah mak aku walaupaun persiapan untuk hari raya sekadar ala kadar sahaja tetapi Insya Allah tetap menyeronokkan. Aku dan isteri akan balik ke rumah mak aku petang ini..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..MINTA MAAF BANYAK2..

Suka Tafsir Sesuatu Melalui Luaran

Ini semua hanya coretan untuk dikongsikan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Bila sebut manusia kita tak akan terlepas untuk melalukan kesilapan…itulah lumrah manusia. Walaupun kita sudah menjadi seorang yang dewasa kita tetapi kadang- kala kita masih berfikir seakan orang yang belum dewasa..

Orang sekarang suka menilai sesuatu dengan hanya melihat apa yang tertera sahaja. Bagi saya sekiranya kita masih lagi mempunyai/ menggunakan kaedah ini seolah2 tidak adil kerana kadang kala sesuatu yang kita nampak diluar tak semestinya sama seperti didalam..kita harus menilai sesuatu melalui luaran dan dalaman..ini lah baru kita boleh dapat sesuatu yang lebih tetap.

Adakah anda setuju dan boleh terima sekiranya kita masih lagi menggunakan kaedah menilai sesuatu melalui luaran sahaja? Jawapan ikhlas dari saya, saya tidak setuju kerana ini akan menyebabkan sesuatu yang kita akan nilai itu boleh menjadi mangsa (inaya) disebabkan penilaian kita tetapi kita boleh menilai dan menghukum sesuatu sekiranya itu benar2 sama dari segi luaran dan dalam. Walaupun boleh menghukum apalah sangat kita ini untuk menghukum sesuatu…

Zaman sekarang kenapa manusia lebih mementingkan kekayaan atau kebendaan? Adakah ini kerana peredaran zaman yang membentuk kita menjadi sebegitu? Atau memang fitrah manusia suka mementingkan benda itu semua..ini tidak bermakna saya kata harta dan kemewahan tidak penting. Bagi saya benda tu semua penting tetapi untuk mengejar semua itu kita tidak sepatutnya melakukannya sampai menyusahkan insan lain. Kita boleh mencabar diri kita sendiri untuk kebaikan dan kemajuan tetapi kita tidak seharusnya di hina di sebabakan kelemahan kita.Adakah dengan menghina sesuatu itu boleh menjadi positif? Jika boleh berapa peratus yang berjaya disebabkan dihina? Dan adakah kejayaan itu akan digunakan pakai dengan cara kebaikan selepas berjaya? atau ianya akan menjadi suatu dendam? (apakah hukum kita menghina orang disebabkan perbezaan taraf/ kelemahan orang lain?) bagi saya kita seharusnya memberi nasihat/ perangsang agar seseorang itu boleh berjaya bukan mematahkan semangatnya.

Perasaan Berceramuk

Rabu – Minggu ini adalah minggu terakhir untuk kita bekerja sebelum semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat 27 Nov 2009..tapi bagi aku walaupun hari raya haji akan menjelang tiba aku masih rasakan tak sedap hati aku pun tak tahu kenapa hati & perasaan aku rasa macam tu. Aku rasa tak kena sahaja semenjak 1-2 minggu ini..aku rasa seolah2 hati & perasaan tak berapa seronok..rasa macam sunyi, rasa sedih..hati aku rasa rindu sangat kepada arwah abah aku. Aku tak pernah lupa untuk menghadiahkannya surah Al Fatihah. Aku pun tak tahu kenapa aku terasa sangat macam ni.

Kadang- kadang aku terasa macam hilang mood..dan kadang- kadang juga aku jadi macam diam (malas bila dengar orang cakap banyak..) walaupun dengan keluarga dan isteri tersayang. Tapi ini semua bukan kerana mereka penyebabnya. Bagi aku mereka adalah insan yang sangat aku perlukan dalam kehidupan harian aku..kerana mereka banyak membantu aku dari perbagai segi.

Fikiran aku menjadi seolah2 mcm buntu bila aku terlalu fikirkan kenapa manusia disekeliling selalu membuat aku & keluarga aku macam2? adakah kerana ini menandakan hari khiamat makin hampir? atau ujian kepada kami sebagai hambaNya? Sebab bagi aku, apa yang kami buat selama ini tidak pernah melibatkan orang lain jauh sekali kami hendak memfitnah sapa2..adakah semua ini kerana kami tak kacau depa..depa berani buat mcm2 pada kami? Kadang2 aku fikir macam bodoh..aku rasa macam nak balas semula kepada depa yang buat mcm tu pada kami tapi atas nasihat keluarga & isteri tercinta dan juga asas gama yang diberikan aku akur dengan apa yang terjadi dan kami semua menyerahnya kepada Allah yang Maha Kuasa semoga Ia dapat memberikan kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala dugaanNya.

Apa2 pun aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hati & perasaan kerana aku sedar sebagai seorang manusia biasa aku tak terlepas untuk membuat kesilapan di atas kelemahan aku sendiri, aku minta maaf banyak2 kepada anda semua..

Cinta Dan Pengajaran

Di sebuah desa ada seorang gadis yang cantik manis. Walaupun begitu, gadis tersebut membenci dirinya sendiri kerana dia buta. Sebenarnya dia membenci semua orang kecuali teman lelakinya yang baik hati dan penyayang.

Teman lelaki gadis tersebut selalu memberi nasihat dan semangat kepadanya agar tidak kecewa dengan keadaan yang dilaluinya. Gadis itu memberitahu teman lelakinya bahawa sekiranya dia dapat melihat semula, dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Pada suatu hari, ada seorang yang bermurah hati telah mendermakan sepasang mata kepada gadis tersebut. Setelah melalui satu pembedahan, akhirnya gadis itu dapat melihat semula.

Dia berasa amat gembira sekali. Dia telah dapat melihat segala yang dapat dipandang oleh mata kasar termasuklah wajah teman lelakinya.

“Sekarang kamu telah dapat melihat dunia di sekelilingmu, adakah kamu akan berkahwin dengan aku?
Gadis itu memandang dan melihat wajah teman lelakinya. Ternyata teman lelakinya itu seorang yang buta. Gadis itu berasa sedikit terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa teman lelakinya seorang yang buta.

Dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya, dengan penglihatan yang dia ada kini, gadis itu akhirnya menolak untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang buta itu kerana dia beranggapan bahawa dia tidak akan bahagia hidup di samping seorang lelaki yang buta.

Lelaki itu sungguh kecewa dengan sikap gadis itu. Dia menulis satu nota yang berbunyi, “Sayang, jagalah sepasang matamu itu dengan baik kerana sebelum ia menjadi milikmu, ia adalah milikku dahulu.”

Begitulah yang selalunya terjadi kepada kita yang bergelar manusia. Hati kita akan cepat berubah apabila status kita berubah. Sebab itulah kita dapati ramai yang lupa daratan apabila sudah menjadi kaya raya.

Manusia seperti kita terlalu mudah untuk menjadi “seperti kacang lupakan kulit”. Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran untuk kita hidup dengan lebih berhemah kerana kehidupan kita di dunia ini adalah anugerah dari Allah.

Sumber : Dari Email

Kisah Juru Jual Dengan Seorang Pelajar

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Zaza.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Zaza,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Zaza.”

“Shampoo?”
“Shampoo Zaza.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, adakah jenama Zaza ini jenama tempatan atau luar negara? kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang kurang baik.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Zaza itu adalah RAKAN SEBLIK saya.” :)

Sumber : Diperolehi dari email.

Job Hari Ini..

Ahad : Hari ini boleh dikatakan banyak keja dan amanat yang harus disiapkan... Antaranya saya perlu meneliti harga cadangan untuk diguna pakai bagi tujuan "pakej keusahawanan melayu" untuk kerja ini saya harus menyiapkannya ini dalam minggu ni juga..ini memandangkan sebutharga itu akan digunakan bagi bulan Disember.

Pada hari juga saya ada membuat perbincangan dengan pihak kewangan mengenai bayaran tertunggak yang masih belum dilangsaikan oleh pelanggan. Hal ini mesti diselesaikan sebelum awal tahun 2010. Selain berbincang dengan pihak kewangan saya juga berbincang dengan pihak pemasaran iaitu salah satu unit penting dalam sesebuah syarikat, dalam perbincangan kami telah sebulat suara memutuskan mengenai program untuk hujung tahun dan awal tahun harus mengikut pakej dan aktiviti yang telah ditetapkan dan laporan harian/ mingguan mesti dihantar mengikut jadual yang ditetapkan.

Satu hari ini saya memang agak sibuk di pejabat nasib baik la saya sibuk jika tak sibuk mungkin perasaan boring akan muncul sebab member saya iaitu Pengurus Teknologi Maklumat mendapat cuti sakit pula hari ini. Tetapi tak apa bila dia masuk esok saya sudah sediakan satu kerja untuk dia iaitu dia kena mengendalikan kursus selama satu hari disini.

Disebabkan kesebokan hari ini saya balik dari pejabat lewat iaitu pukul 7 lebih.Tetapi kira ok la sebab saya masuk pejabat hari pun lewat sikit sebab saya terpaksa ke klinik dahulu awal pagi tadi sebab ada urusan peribadi.

Bikin Pusing Kepala

Bulan ini adalah bulan November tahun 2009..di bulan ini jugalah saya merasakan segala kerja yang hendak dilakukan seperti lembab dan kurang menyerlah..mungkin kerana disebabkan terikut- ikut dengan musin hujan di negeri ini (cuaca lembab). Tetapi walaupun lembab kerja tetap diteruskan dan wajib memastikan segala urusan dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir.

Di dalam bulan ini saya dan pihak syarikat mempunyai 4 kursus yang harus dilaksanakan mengikut jadual yang telah kami tetapkan. Kursus terakhir yang harus kami jalankan untuk bulan ini adalah pada 24 hb ini.

Kebiasaannya bila kursus tamat akan ada seorang dua peserta yang akan "Bikin Pusing Kepala" saya, ini kerana diorang akan menghubungi saya untuk menanyakan sesuatu yang kadang2nya tidak ada kena mengena langsung dengan kursus yang diberikan dan ada juga peserta yang terlebih advance.

Tetapi itu bagi saya adalah biasa walaupun kadang2 saya menjadi tension tetapi ianya juga lucu kerana ada yang menghubungi saya awal2 pagi lagi untuk menanyakan sesuatu (cukup bagus la...)

Walau apa sekali pun saya tetap suka dengan apa yang berlaku ini kerana semua yang berlaku ini adalah masih dalam kategori yang boleh dikawal (walau kadang2 tension..) dan bagi saya ini menandakan mereka memang berminat dengan apa yang diajar dalam kursus sebelum ini. Peserta begini lebih baik dari sesetengah peserta yang bila tamat saja kursus terus senyap serta "basi" & tidak membuat sebarang praktik yang berkaitan kursus yang diberikan. Golongan ini lah yang akan merugikan diri mereka sendiri.

2 Hari Di Sek Men Agama Kedah

Minggu lepas aku dan member aku berada di Sek Men Agama Kedah selama 2 hari kerana Syarikat Kami dipilih untuk mengendalikan Kursus Asas Membina Laman Blog dan Web kepada pelajar tingkatan 4 di Sekolah berkenaan.

Kursus ini adalah anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pihak Pengurusan Sek Agama Kedah dan Syarikat kami.

Kursus ini berkonsepkan teori dan praktikal dimana setiap peserta akan dibekalkan dengan nota mengikut modul yang disediakan dan latihan amali iaitu semua peserta diwajibkan mengendalikan laman blog dan web mereka sendiri. Maknanya setelah tamat kursus peserta akan mempunyai laman blog sendiri (boleh online internet) dan laman web (local host).
Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak penganjur.

Renungan Disebalik Permainan..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”,
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.”Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita… “

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

Sumber diperolehi : dari email

Bahana Fitnah

Tarikh (8 Mei 2009)adalah tarikh bagi saya cukup pahit bagi saya dan keluarga. Ini kerana pada tarikh inilah saya dan keluarga saya telah difitnah. Yang menjadikan perkara ini lebih menyakitkan hati dan perasaan adalah orang yang membuat fitnah ini sampai sekarang saya dan keluarga tidak tahu orang sebenarnay TETAPI saya & keluarga anggap "mungkin" orang itu adalah KAWAN BAIK keluarga saya sendiri.

Bagaimana saya & keluarga mengatakan orang yang cipta tomahan itu adalah KAWAN BAIK keluarga saya sendiri adalah...ehmm..dari segi apa yang saya dapat / dengar dari orang yang dia dapat maklumat adalah kurang lebih sama dan ada yang dia tokok tambah dan ada juga yang dia tipu terus/ ubah cerita iaitu reka sendiri dialog supaya fitnahnya lebih menjadi sedap,rancak dan dipercayai.

Sampai ke hari ini saya dan keluarga belum tahu siapakah gerangan orang yang fitnah kami ini sebab bila saya dan keluarga tanya "orang yang kami syak" masyaallah dia tak mengaku balik2 keluarga saya pula yang disalahnya... tapi apa yangsaya dan keluarga nampak semasa pergi jumpa "dia" keadaan yang meragukan (tak berapa boleh jawab soalan yang kami ajukan pada dia..) walaupun dia tak mengaku hal yang sebenarnya..TETAPI apa yang meragukan itu saya tak dapatlah menyatakannya disini (kurang sesuai)..tapi sampai sekarang saya dan keluarga masih mengatakan MEMANG dialah orang yang membuat fitnah itu.

Yang membuatkan saya masih lagi tidak berpuas hati dengan hal ini adalah sampai bilakah kami sekeluarga terpaksa menanggung aib yang disebabkan tomahan dari kesalahan orang lain , Insya Allah bagi saya & keluarga benda begini lambat laun Allah akan memberi petunjuk siapa yang benar dan siapa yang salah. Tetapi jika saya dapat tahu angka manusia mana yang membuat honar ini saya akan minta dia cerita semula kepada orang yang dia cerita sebelum ini berkaitan (fitnahnya kpd saya & keluarga) apakah tujuan sebenarnya dia memfitnah saya dan keluarga saya sampai ke tahap sedemikian??apa dia dapat bila dia buat fitnah itu?? apa yang dia rasa?? dan buat masa sekarang ikhlas saya katakan, saya memang tidak dapat memaafkan dosa & kesalahan orang yang buat fitnah macam ni kat saya sebab bagi saya benda yang dia fitnah ini bukan perkara main2 ini adalah perkara besar yang melibatkan maruah saya & keluarga, saya Insya Allah akan mengaku sekiranya apa yang dikatakan/ diceritakan itu benar walaupun benda itu besar saya tetap akan mengaku sekiranya saya MEMANG lakukan..TETAPI masalahnya sekarang apa yang dia ceritakan itu TIDAK BENAR....

Sepatutnya orang yang mendapat/ mendengar cerita itu haruslah menceritakan semula perkara yang didengarnya kepada tuan yang kena fitnah sebab bagi saya dengan cara ini sahajalah yang akan menjadi jalan yang terbaik untuk menyelesaikn sesuatu masalah..sebab sekiranya perkara ini di rahsiakan nescaya hal ini tidak dapat dibetulkan dan tidak ada siapa yang akan mengetahuai hal yang sebenarnya iaitu (siapa menfitnah, siapa yang difitnah dan siapa yang kena bohong..) bagi saya maka beruntunglah orang yang membuat fitnah ini dan yaamat rugilah orang yang menjadi mangsa fitnahnya.(sekiranya semua orang yang mendengar cerita itu merahsiakan hal ini).

(...dan tidak ada orang yang baik di dunia ini yang akan menceritakan tentang keburukan orang lain kepada seseorang walaupuan perkara yang benar....)

Sampai ke hari ini saya dan keluarga saya masih mencari orang yang menfitnah kami. Dan saya sangat berharap agar Allah SWT akan memberi saya dan keluarga saya kekuatan untuk terus tabah menempuhi dugaan yang berat ini walaupun mungkin bagi orang yang tidak kena tomahan ini akan menganggap benda ini kecil atau tak pa nanti jika betul Allah tunjuk la...(betul, tetapi siapa pun boleh cakap begitu sekiranya hal sedemikian tidak kena pada dirinya...)

dan saya sangat berharap agar Allah SWT memberi kami jalan penyelesaian yang cukup baik iaitu lorongkanlah insan yang tergamak menfitnah saya dan keluarga saya ini ke muka pengadilan (iaitu datang mengaku di atas segala perbuatannya) ataupun Allah memberi pengajaran kepadanya dan keluarganya agar dia dapat merasai sepertimasa saya dan keluarga saya lalui dan tanggung selama ini di atas segala perbuatan buruknya. Amin.

Syarat Wajib Haji / Umrah

* Sila KLIK CARTA di atas untuk paparan yang lebih jelas.

Kisah penumpang yang " Sengau"

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu ditanya kepada pemandu bas :

Penumpang Sengau :“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda bas tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.

Penumpang normal : “kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu bas: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

Sumber : Dari Email (tidak ada kena mengena dengan sesiapa, hanya berkongsi informasi)

Rahsia Memotong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA : YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Fikir- fikirkan...

1. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong .

2. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kita tidak terkena jelaganya mungkin pasti akan terkena asapnya.

3. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

4. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

5. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Kesian Pak Pandir...

Seperti biasa jika tak hujan Pak Pandir akan pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan & sarapan untuk Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Jaga dri baik2 ye bang"pesan Mak Andeh.

Pak Pandir berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.Lalu Pak Pandir pun membacanya.. selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun berasa hampa & terus pulang ke rumah.

Mak Andeh hairan Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang, ada tertinggal apa2 ka?"

Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Sumber : email
(hanya untuk dikongsikan bersama..)

Kisah Suami & Isteri

Seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan
letih dan disambut baik oleh isterinya. Sambil berjabat tangan suaminya, si
isteri itu bertanya kepada suami.....

Isteri: Abg...abg. . boleh saya tanya satu
soalan?

Suami: Bolehhh....nak tanya apa?

Isteri: Abg...berapa pendapatan abg sejam di
pejabat?

Suami: :) kenapa?

Si suami mula rasa pelik.

Isteri: Saya saja nak tahu abg... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan abg sejam di
pejabat? Si isteri mula merayu pada suaminya.

Suami: 100 ringgit sejam.. tapi kenapa?

Isteri: Oh..100 ringgit.. isteri menundukkan
mukanya.

Isteri: Abg.. boleh tak bagi saya pinjam 20 ringgit
dari abg?

Si suami menjadi semakin hairan & pelik
Kamu nak buat apa cuma 20 ringgit?

Si isteri terdiam dan perlahan-lahan dia kembali
ke bilik. Si suami duduk di sofa sambil
memikirkan mengapa isterinya hanya meminta 20 ringgit. Kira-kira 1/2 jam
kemudian, dengan perasaan hairan, si suami melangkah
menuju ke biliknya.
Didapati isterinya masih belum tidur.

"Awak benar-benar perlukan 20 ringgit saje ka, cukup ka? Nah..
Ambil ni" Si suami mengeluarkan sekeping duit
50 puluh ringgit.

Isteri segera bangun dan tersenyum
girang. Tetapi saya hanya perlukan 20 ringgit sahaja abg..

Suami : Tak paa awak ambil je lah.

Lalu isteri mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
duit 80 ringgit yang sudah renyuk
terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si
suami semakin pelik & hairan dgn sikap isterinya mlm ini.

"Sebenarnya kamu ingin membeli apa dgn duit sebanyak itu??

Isteri tunduk... tak berani dia merenung suaminya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan. ....

"Duit ni saya (isteri) kumpul dari belanja rumah yang
abg bagi setiap hari.
Saya (isteri) minta lagi 20 ringgit kat abg sebab saya (isteri)
tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" bagi je tahu abg, nanti abg belikan.

"Abg.... sekarang saya (ister) dah ada 100 ringgit..
Nah..abg ambil duit ni.

Saya (isteri) nak beli sejam dari masa abg di pejabat tu.

Saya (isteri) nak abg balik kerja awal esok. Saya (isteri) rindu
nak makan malam & berborak2 dengan abg.."

Jelas isteri tanpa memandang wajah suaminya...

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika HATI seputih AWAN,jangan biar ia MENDUNG. "

•cerita ini hanya rekaan & tidak ada kene mengena dengan kisah rumah tangga sesiapa pun.
•Sumber dari : email

Iktibar untuk pencari jodoh

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat/ pandangan..

Pemuda : “Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”

Ustaz : “Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”

Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’.. .. apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang.. . saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis …..”

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yg ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : “BERCERMIN!”

Sumber : Diperolehi dari email

Anak yang patuh pesanan bapa..

Di sebuah sekolah tabika,

Seorang ustazah bertanya kepada pelajarnya.."kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustazah itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"... ..semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...

dengan kehairanan ustazah itu bertanya.."bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... .habis awak nak ke mana??"

...Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustazah..bapa saya suruh saya datang sini belajar, dia pesan..jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"...

Sumber diperolehi : Dari email

170 pesakit baru dengan gejala ILI

KUALA LUMPUR 3 Okt. — Seramai 170 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 198 kes didiscaj hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 715 orang dengan 62 pesakit merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.
“Daripada 62 pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 17 kes atau 27 peratus sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah kematian setakat ini masih kekal 77 orang.
Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa penularan wabak influenza A (H1N1) masih aktif dalam komuniti walaupun ia menunjukkan pengurangan kebelakangan ini.
Sumber diperolehi daripada : Utusan Malaysia 03/10/2009 12:40pm

Kaki VS Muka...

Seorang lelaki sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki, seorang peramugari telah ternampak perbuatan lelaki itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Lelaki: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kalidalam sehari.
Lelaki: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

CEPAT MASA BERLALU

Sedar tak sedar hari ini adalah hari ke empat (4) dalam bulan Syawal 1430 Hijrah, ini menandakan semua umat islam sudah selesai menjalani ibadah puasa wajib di bulan Ramadan yang baru sahaja meninggalkan kita. Macam mana dengan ibadah yang kita jalankan sepanjang sebulan yang lepas adakah ianya brtambah baik dari tahun sebelumnya? atau bertambah tak baik? itu sama2lah kita renungi...
Pada saat ini ada kebanyakan umat islam yang berpuasa sunat selama 6 hari bermula 2 syawal yang lepas. Selamat menjalani ibadah sunat untuk anda semua..

Bagi aku tahun ini adalah sangat cepat pergerakan jam/ masa..ini kerana masa berjalan begitu pantas, hari berganti hari bulan berganti bulan sungguh cepat aku rasakan ia berlalu dan ini menandakan kita semua perlu bergerak lebih pantas untuk mengejar kebaikan dan memajukan diri...ini semua adalah untuk kebaikan kita, keluarga dan masa depan.

Nuzul Al- Quran

Hari ini 7 September 2009M bersamaan dengan 17 Ramadhan 1430H adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

CERITA LANGIT DAN BUMI

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'Arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama- utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
(dipetik dari 1001 kisah & teladan)

PERLUKAH KITA MENJADI HAMBA WANG??

Ada wang semua boleh jadi, no money no talk, ada duit hati senang, pokoknya wang menjadi satu keperluan besar dalam kehidupan. Berbohonglah jika ada yang kata tak perlukan wang untuk menjalani kehidupan seharian. Masakan tidak, kehidupan seharian, keadaan sekeliling memerlukan wang untuk menjalani rutin harian hatta masuk tandas awam hari ini pun dikenakan bayaran!
Manusia boleh jadi kelabu mata apabila ditimbunkan wang dihadapannya. Jika tidak tak akan ada kes pecah amanah, gelap duit syarikat atau rompakan yang melibatkan mereka yang berkedudukan atau berwang! Allah SWT mengingatkan hamba-Nya bahawa harta, kuasa dan anak adalah ujian. Kemewahan dan kesenengan yang dianugerahkan adakalanya menjadi ujian dan dugaan yang akhirnya tidak mampu ditanggung.
Allah SWT memperingatkan lagi yang paling penting ialah iman dan amal, jika diri dibekalkan dengan kedua-duanya pasti segala kemewahan dan kesenangan yang diperolehi dimanfaat dengan sebaik--baiknya malah rezeki semakin bertambah dari hari ke sehari. Namun tidak ramai yang sedar hakikat kepentingan iman dan amal ini. Apabila mendapat sedikit kemudahan, mula lupa diri. Lupa dari mana asal kita...

KELEBIHAN SUJUD

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

PESANAN MANUSIA KEPADA MANUSIA

Assalamualaikum semua...
Di sini saya ingin memesan/ mengingatkan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang melayari blog ini. Kita semua adalah hamba kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T maka kita disini adalah menumpangnya seata- mata, walaupun hasil yang kita perolehi sekarang adalah atas usaha kita sendri tetapi kita kena ingat walaupn usaha kita tetapi ianya tetap diberi oleh Allah.
Sehebat atau setinggi mana pun kita sekarang janganlah sesekali kita alfa untuk pandang ke bawah sebab sebelm kita berada di atas kita juga memulakannya dari bawah....kadang2 apa yang saya tengok Alah memberi kemewahan/ kesusahan kepada hambanya adalah untuk mengujinya...adakah hamba itu mensyukuri atau menyesalinya...tetapi kita jika berjaya/ senang janganlah cuba menyakiti golongan/ hamba Allah yang kurang mampu dari kita sebab tidak ada manusia di dunia ini yang inginkan hidupnya menjadi susah atau dihina...kita semua harus ingat yang sifat baharu..iaitu benda yang di perolehi semuanya dari ketentuan Allah jika Allah ingin mengambilnya bila2 masa pun boleh..jadi kita haruslah muhasabah diri kita adakah kita dari golongan mana? jika kita di tempat yan senang kita haruslah memberi sokongan kepada golongan di bawah kita, dan janganlah kita sama sekali menyakiti hati mereka dan......
jika kita dari golongan yang di bawah kita haruslah terus berusaha untuk membuktikan kepada yang di atas kita juga mampu berada di sisinya..kerana kita semua adalah sama disisi Allah cuma yang membezakan kita adalah amalam kita bukannya kekayaan/ keegoan kita....Janganlah kita selalu memandang rendah sesama manusia dan juga makhluk Allah yang lain...

HARTA DAN KEMANUSIAAN

Pada zaman sekarang ini semua manusia akan ingkan kekayaan, harta benda,kerja besar dll...saya berkata demikian adalah kerana anak buah saya walaupun masih kecil dan belum bersekolah tetapi dah pandai bercakap mengenai suka duit banyak.., baju suka yang mahal/ jenama..nanti nak keja besar sebab nak gaji bayak bole beli keta besar...bila saya tedengar ungkapan begi dari budak2 kecil otak saya terfikir jika budak sebesar tu boleh suka semua itu manalah mstahil bgi golongan org dewasa..mestilah lagi kebendaan...tapi ini semua tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana zaman ini sesiapa yang tidak mempunyai harta/ wang/ pekerjaan orang akan pandang rendah padanya..orang akan nampak yang golongan jenis ini akan menyusahkan oarang/ golongan yang berkemampuan...tetapi bagi saya kita kena ingat walaupun seseorang itu tidak ada semua itu tetapi dia tetap manusia yg mempunyai hati dan perasaan yg perlu kita jaga..tak semestinya tidak berharta itu buruk kelakuannya an yang kayaraya itu baik tingkahlakunya...kita jangan suka menilai seseorang mellui luaran atau berpandukan harta yang dimiiknya....walau apa pun bagi bagi pendapat saya wang, harta pekeraan, sifat kemanusia dalah sama penting..dan kita kenalah berfikir menggunakan akal yg waras dn janganlah berfikir & bertndak mengikut perasaan semata- mata.
Segala apa yang saya tulis/ luahkan di blog ini adalah pendapat saya dan semuanya saya ambil dri apa yag memang terjadi dalam kehidupan zaman sekaran & juga perbualan saya dengan kawan2 dan orang setempat.Jika ada yang tekena kepada sesiapa saya menyusun 10 jari memohon kemaafan dari anda semua.

JIKA ADA YANG TERLUPA

NIAT PUASA:


nawaitu souma godhin 'an adaa i fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa.

DOA BERBUKA PUASA :

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Saya Mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam

" Umpama Kadok Naik Junjung"

Anda semua pernah dengar ungkapan seperti di atas?
Ok tak apa...utk pengetahuan anda biasanya ungkapan ini diucap oleh orang tua- tua dahulu, tetapi ianya masih digunakan lagi oleh sesetengah orang...sekarang ni saya akan ceritakan berkenaan perangai seseorang yang lebih kurang sama dengan ungkapan di atas.
Dalam satu kawaan perkampungan ni adalah sebuah keluarga yang boleh di katakan kehidupan mereka senang, kerja baguih..ada perniagaan, ada anak yang bagus2 tetapi keluarga ni bukannya semua menjadi " kadok naik junjung" ada yang Alhamdulillah baik dan ada yang sebaliknya..dipendekkan cerita salah seorang dalam keluarga ni yang "kadok" tapi tak tahulah asalnya dia ni tak mcm tu kot, tapi tak tahu la pula saya agak2 je.., sebab saya tak rapat dengan dia...tapi saya memang nampak dia memang semakin hari semakin pelik perangainya (bukan nak kata la..saya pun tahu saya bukannya baik berbanding dia..) tapi dia ni ain sikit sebab dia ni sekarang rasa dia seolah2 dia yang paling kaya dalam kawasan tu, dia rasa dia saja yang alim,kuat ibadat, bagus, dia rasa apa saja yang di buat betul belaka walaupun ada golongan ahli keluarga dia sendiri tahu yang dia buat tu masih ada yang tak betul...tapi dia tak peduli dia lebih suka percaya/ membela orang luar/ kawan dia dari ahli keluarga dia .Sekarang ni dia lebih hebat kerana dia mula berjnak dan terlalu percayakan bomoh pula...yang menjadi kemuskilan saya dia dok kata dia alim tapi percaya dengan bomoh macam mana?La ni dah anggap bomoh yang dia selalu pi tu boleh tahu masa depan seseorang dan macam2..cntohnya apa yg nak jadi esok dan sebagainya..AstafirAllah halazim.Setelah berbaik dengan bomoh bomoh tu dia menjadi lebih teruk dan lebih ego perangainya kerana apa sahaja yang bomoh tu kata dia akan terus percaya. Dengan rasa tak bersalah dan suka hati dia ja menganggap jika ada org sekeliling yang susah kehidupan mereka tetapi baik dengan dia, dia anggap sengaja buat baik dengannya utk mengambil hartanya, ada orang dok bomohkan dia la sebab nak harta dia..Masya Allah..teruk sungguh..ini mungkin Allah nak uji dia.Untuk pengetahuan semua kekayaan dia sekarang bukannya 100% dari hasil dia sangat pun.. sebab dia pun asalnya dari golongan orang2 biasa ja kehidupannya...tapi semenjak dua menjak ni lah baru Allah beri kesenangan itu.. Saya semua yang nampak perubahan itu tak kisah pun jika dia kaya..sebab kaya itu hak kepunyaan dia tapi dia kena ingat la...orang tak pandang hasil kekayaan dia, orang tak mau pun...sebab semua kita di dunia ni hanya menumpang sementara...sebelum di jemput pulang. Dan pesana saya..jangan lah suka menuduh/ atau bercakap tentang sesuatu benda yang kita sendiri tak pernah lihat/ dengar sebelum kita bertindak atau meghukum..saya berani kata begini kerana semua yang saya ceritakan ini adalah benda/ kejadian yang memang penah terjadi di sekeliling saya atau depan mata.(saya sedar saya bukan seorang insan yang terbaik tetapi saya ceritakan segala kisah di sini untuk dijadikan iqtibar untuk diri saya sendiri untk persiapan bertemu Allah suatu hari nanti) Jika saya tersalah kata dan terkasar bahasa dn terkena kepada sesiapa/ keluarganya saya mohon maaf dan saya akhiri dengan wassalam.

LIDAH TAK BERTULANG

...CUKUP PEDIH APABILA TERKENA TUSUKANNYA..
Lisan atau Bahasa Melayunya lidah adalah anggota terpenting dan satu nikmat ALLAH yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat berinteraksi suara sesama manusia, memberi arahan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Allah. Namun seringkali manusia leka dan sengaja lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Maha Kuasa.

Dan sesungguhnya dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal kerana mengeluarkan bicara sesuka rasa. Mengata orang (mengumpat), Menuduh seseorang (menfitnah) dan mengungkapkan kata-kata yang tercela. Seperti kata pepatah, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.'

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam Kebun Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam Syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." (Riwayat Abu Daud)

KENAPA KEBANYAKAN YG MELAKUKANNYA BERAGAMA ISLAM?

KERANA…
Kita selagi mana bergelar manusia (terutama kita beragama Islam) selagi itulah kita tidak akan terlepas daripada melakukan perkara yang dilarang oleh NYA (ujian dari Allah). Kebiasaannya Allah akan menguji hambanya yang rajin mentaatinya dikatakan begitu kerana jika kita lihat pada akhir zaman ini banyak perlakuan yang kurang enak dipandang mata adalah dilakukan oleh orang/ golongan yang rajin beribat, hadir kuliah agama, kelas mengaji, dah pergi tunai haji dan sebagainya….tetapi golongan inilah pada zaman sekarang yang kerap/ suka melakukan perkara yang pada diri mereka itu adalah tidak salah kerana baginya melakukan sesuatu itu untuk tujuan kebaikan orang lain….walhal perkara yang dilakukan itu adalah satu perkara yang sangat dilarang oleh Allah S.W.T kerana kadang- kadang ianya akan/ boleh mengakibatkan terjejasnya hubungan silaturahim diantara manuasia.Saya walaupun saya sedar diri saya ini tidak sebaik anda semua tetapi saya sarankan agar sesiapa yang membaca artikel ini janganlah membuat/ cuba- cuba untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama termasuklah mengumpat, menghina, terlalu mempercayai tahyul, merancang untuk memutuskan silaturahim dan banyak lagi….marilah kita sama2 memuhasabah diri kita yang lemah ini..

perbuatan yang tersangat besar musibahnya iaitu kerja-kerja MEMFITNAH dan MENGHUKUM TANPA USUL PERIKSA.

Dan Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia ianya tidak akan berbau syurga.

BELIA

Golongan belia adalah aset penting kepada negara. Silap didikan kepada golongan ini, maka porak-perandalah negara pada masa akan datang. Setiap belia yang ada di negara ini adalah 'benteng' penahan 'serangan halus' dari luar. Rosak belia, rosaklah masyarakat.

Siapa pula yang bertanggungjawab dalam hal ini? Selain ibu bapa yang setiap hari bersama dengan belia ini, rakan-rakan mereka juga adalah pihak yang sangat penting sekali dalam membentuk minda dan jiwa belia-belia ini. Ini kerana kajian mengatakan peribadi seseorang remaja hingga dewasanya dibentuk daripada perhubungannya dengan rakan-rakan.

Maka dengan ini pihak kami ( sebuah syarikat web, bertempat di Alor Setar) telah mengambil langkah untuk membantu serta membasmi gejala sosial terutama di utara dengan cara mengadakan kursus berkaitan Teknologi Maklumat kepada belia- belia daerah agar ianya dapat membendung gejala sosial daripada lebih merebak. Kursus ini telahpun diadakan di kawasan Belia Daerah Pokok Sena serta Pendang pada awal Jun 2009.

Sekiranya ada pihak lain lagi yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi talian 019-5025039 untuk mendapat maklumat lanjut. Kerana kursus ini terbuka kepada semua golongan termasuk pekerja/ organisasi.

KELAS MEMBINA LAMAN WEB & BLOG

Pada 8 – 9 hb Jun 2009, Syarikat kami telah mengadakan kursus asas membina blog dan laman web di Daerah Pokok Sena bertempat di KEDA Kg Bukit dengan kerjasama pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, Pihak Rakan Muda Daerah Pokok Sena, Belia Wawasan KEDA Kg Bukit dan semua yang terlibat setinggi penghargaan & ucapan terima kasih dari kami untuk anda semua.
Untuk makluman anda, kursus ini ditumpukan kepada golongan belia di Daerah itu. Sambutan dari peserta memberangsangkan. Jumlah keseluruhan peserta untuk kursusa kali ini dalah sebanyak 28 orang, Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan lancar sehingga tamat.

Dalam kursus ini pihak kami menekankan dari segi aspek: apa itu internet, apa itu enjin carian, enjin carian yang popular,apa itu email, cara- cara untuk membuka akaun email, email apa yang popular sekarang, maksud blog, cara- cara membuat blog, apakah syarat-syarat membuat blog, bagaimana cara membuat ubahsuai pada blog yang dibina samada (template, warna tulisan dll…),cara untuk memasukkan lagu/ video/ gambar/ jam/ kalendar, cara mempopularkan blog dan banyak lagi….
Selain dari itu kami juga mengajar berkaitan cara- cara untuk membina laman web (joomla / html). Dalam kursus ini para peserta akan dapat membezakan di antara blog dan laman web. Dan di akhir kursus ini semua peserta diwajibkan untuk menghabiskan laman blog & laman web yang dibangunkan selama kursus dijalankan, kesimpulannya semua peserta yang hadir dalam kursus ini akan mempunyai laman blog mereka sendiri

Semua kursus ini adalah dijalankan secara teori dan praktikal.

** kepada sesiapa yang berminat/ berhajat untuk mempelajari cara- cara untuk membuat blog/ laman web bolehlah menghubungi talian 019-5025039 (terbuka untuk semua samada individu/kumpulan/ organisasi) kerana kursus ini akan mendapat manafaat kepada anda terutama dizaman teknologi sekarang.

PENGENALAN PROGRAM & OBJEKTIF

Program ini berbentuk bengkel yang mana peserta- peserta akan diajar mengenai apa itu laman web seterusnya di ajar bagaimana mereka cipta dan membina laman blog.

Program ini bertujuan mencungkil bakat baru kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja bagi mewujudkan saitis dan perekacipta muda.

PROGRAM KURSUS ASAS BINA LAMAN BLOG & WEB DI POKOK SENA

PROGRAM KURSUS ASAS BINA LAMAN BLOG & WEB DI PENDANG

Iktibar bagi insan yang suka MARAH- MARAH

cerita ini dipetik dari sebuah buku (untuk tujuan renungan bersama..)

Ada seorang insan yang sangat pemarah sifatnya. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 48 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di manapemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail