LIDAH TAK BERTULANG

...CUKUP PEDIH APABILA TERKENA TUSUKANNYA..
Lisan atau Bahasa Melayunya lidah adalah anggota terpenting dan satu nikmat ALLAH yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat berinteraksi suara sesama manusia, memberi arahan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Allah. Namun seringkali manusia leka dan sengaja lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Maha Kuasa.

Dan sesungguhnya dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal kerana mengeluarkan bicara sesuka rasa. Mengata orang (mengumpat), Menuduh seseorang (menfitnah) dan mengungkapkan kata-kata yang tercela. Seperti kata pepatah, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.'

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam Kebun Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam Syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." (Riwayat Abu Daud)
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail