Selamat Tahun 2010 Masihi

Isnin/11 Jan 10 : Sedar tak sedar dah 11 hari kita berada di tahun 2010 masihi.Dan aku rasa belum terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua.. tahun ni aku harapkan agar menjadi tahun yang bermakna & memberi 1001 kebaikan kepada aku dan keluarga. Bukan apa, dihujung tahun lepas aku rasa sangat tertekan dan tercabar dengan dugaan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga..tapi alhamdulillah dengan berkat kesabaran & sokongan dari insan yang bergelar isteri dan keluarga tercinta akhirnya aku dapat atasinya jua walaupun secara mata kasar nampak seperti tidak berubah tapi alhamdulillah..biasalah suatu benda yang tidak betul Insya Allah lambat laun Allah akan tunjukan jua....

Awal tahun ni aku dan rakan sekerja memang sibuk sikit ini memandangkan pada bulan Dis tahun 2009 kami dapat job yang boleh di katakan besar juga lah dan ambil masa juga untuk siapkan dalam tempoh yang singkat...dan masuk2 ja tahun baru..tiba2 syarikat kami dapat pula job untuk menjalankan kursus serta design web dan blog untuk syarikat MLM. Ini lah yang aku baru ja sempat nak up date blog aku, sebab semenjak tengah bulan Dis 2009 sampai minggu lepas aku memang sibuk..sibuk dengan pejabat..sibuk nak bagi komitmen dengan keluarga lagi..itulah yang di namakan kehidupan...Tapi apa2 pun aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam menyiapkan projek akhir tahun aku..mana taknya,sampai berapa hari tidur tak menentu ada yang sampai tak tidur 2-3 hari..sian..tak apa Insya Allah nanti kita dapat ganjaran pahala dari Allah SWT, janji niat kerja kita ikhlas..hehehe...
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail