LIDAH TAK BERTULANG

...CUKUP PEDIH APABILA TERKENA TUSUKANNYA..
Lisan atau Bahasa Melayunya lidah adalah anggota terpenting dan satu nikmat ALLAH yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat berinteraksi suara sesama manusia, memberi arahan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Allah. Namun seringkali manusia leka dan sengaja lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Maha Kuasa.

Dan sesungguhnya dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal kerana mengeluarkan bicara sesuka rasa. Mengata orang (mengumpat), Menuduh seseorang (menfitnah) dan mengungkapkan kata-kata yang tercela. Seperti kata pepatah, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.'

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam Kebun Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam Syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." (Riwayat Abu Daud)

KENAPA KEBANYAKAN YG MELAKUKANNYA BERAGAMA ISLAM?

KERANA…
Kita selagi mana bergelar manusia (terutama kita beragama Islam) selagi itulah kita tidak akan terlepas daripada melakukan perkara yang dilarang oleh NYA (ujian dari Allah). Kebiasaannya Allah akan menguji hambanya yang rajin mentaatinya dikatakan begitu kerana jika kita lihat pada akhir zaman ini banyak perlakuan yang kurang enak dipandang mata adalah dilakukan oleh orang/ golongan yang rajin beribat, hadir kuliah agama, kelas mengaji, dah pergi tunai haji dan sebagainya….tetapi golongan inilah pada zaman sekarang yang kerap/ suka melakukan perkara yang pada diri mereka itu adalah tidak salah kerana baginya melakukan sesuatu itu untuk tujuan kebaikan orang lain….walhal perkara yang dilakukan itu adalah satu perkara yang sangat dilarang oleh Allah S.W.T kerana kadang- kadang ianya akan/ boleh mengakibatkan terjejasnya hubungan silaturahim diantara manuasia.Saya walaupun saya sedar diri saya ini tidak sebaik anda semua tetapi saya sarankan agar sesiapa yang membaca artikel ini janganlah membuat/ cuba- cuba untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama termasuklah mengumpat, menghina, terlalu mempercayai tahyul, merancang untuk memutuskan silaturahim dan banyak lagi….marilah kita sama2 memuhasabah diri kita yang lemah ini..

perbuatan yang tersangat besar musibahnya iaitu kerja-kerja MEMFITNAH dan MENGHUKUM TANPA USUL PERIKSA.

Dan Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia ianya tidak akan berbau syurga.

BELIA

Golongan belia adalah aset penting kepada negara. Silap didikan kepada golongan ini, maka porak-perandalah negara pada masa akan datang. Setiap belia yang ada di negara ini adalah 'benteng' penahan 'serangan halus' dari luar. Rosak belia, rosaklah masyarakat.

Siapa pula yang bertanggungjawab dalam hal ini? Selain ibu bapa yang setiap hari bersama dengan belia ini, rakan-rakan mereka juga adalah pihak yang sangat penting sekali dalam membentuk minda dan jiwa belia-belia ini. Ini kerana kajian mengatakan peribadi seseorang remaja hingga dewasanya dibentuk daripada perhubungannya dengan rakan-rakan.

Maka dengan ini pihak kami ( sebuah syarikat web, bertempat di Alor Setar) telah mengambil langkah untuk membantu serta membasmi gejala sosial terutama di utara dengan cara mengadakan kursus berkaitan Teknologi Maklumat kepada belia- belia daerah agar ianya dapat membendung gejala sosial daripada lebih merebak. Kursus ini telahpun diadakan di kawasan Belia Daerah Pokok Sena serta Pendang pada awal Jun 2009.

Sekiranya ada pihak lain lagi yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi talian 019-5025039 untuk mendapat maklumat lanjut. Kerana kursus ini terbuka kepada semua golongan termasuk pekerja/ organisasi.

KELAS MEMBINA LAMAN WEB & BLOG

Pada 8 – 9 hb Jun 2009, Syarikat kami telah mengadakan kursus asas membina blog dan laman web di Daerah Pokok Sena bertempat di KEDA Kg Bukit dengan kerjasama pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, Pihak Rakan Muda Daerah Pokok Sena, Belia Wawasan KEDA Kg Bukit dan semua yang terlibat setinggi penghargaan & ucapan terima kasih dari kami untuk anda semua.
Untuk makluman anda, kursus ini ditumpukan kepada golongan belia di Daerah itu. Sambutan dari peserta memberangsangkan. Jumlah keseluruhan peserta untuk kursusa kali ini dalah sebanyak 28 orang, Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan lancar sehingga tamat.

Dalam kursus ini pihak kami menekankan dari segi aspek: apa itu internet, apa itu enjin carian, enjin carian yang popular,apa itu email, cara- cara untuk membuka akaun email, email apa yang popular sekarang, maksud blog, cara- cara membuat blog, apakah syarat-syarat membuat blog, bagaimana cara membuat ubahsuai pada blog yang dibina samada (template, warna tulisan dll…),cara untuk memasukkan lagu/ video/ gambar/ jam/ kalendar, cara mempopularkan blog dan banyak lagi….
Selain dari itu kami juga mengajar berkaitan cara- cara untuk membina laman web (joomla / html). Dalam kursus ini para peserta akan dapat membezakan di antara blog dan laman web. Dan di akhir kursus ini semua peserta diwajibkan untuk menghabiskan laman blog & laman web yang dibangunkan selama kursus dijalankan, kesimpulannya semua peserta yang hadir dalam kursus ini akan mempunyai laman blog mereka sendiri

Semua kursus ini adalah dijalankan secara teori dan praktikal.

** kepada sesiapa yang berminat/ berhajat untuk mempelajari cara- cara untuk membuat blog/ laman web bolehlah menghubungi talian 019-5025039 (terbuka untuk semua samada individu/kumpulan/ organisasi) kerana kursus ini akan mendapat manafaat kepada anda terutama dizaman teknologi sekarang.

PENGENALAN PROGRAM & OBJEKTIF

Program ini berbentuk bengkel yang mana peserta- peserta akan diajar mengenai apa itu laman web seterusnya di ajar bagaimana mereka cipta dan membina laman blog.

Program ini bertujuan mencungkil bakat baru kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja bagi mewujudkan saitis dan perekacipta muda.

PROGRAM KURSUS ASAS BINA LAMAN BLOG & WEB DI POKOK SENA

PROGRAM KURSUS ASAS BINA LAMAN BLOG & WEB DI PENDANG

Iktibar bagi insan yang suka MARAH- MARAH

cerita ini dipetik dari sebuah buku (untuk tujuan renungan bersama..)

Ada seorang insan yang sangat pemarah sifatnya. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 48 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di manapemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Rahsia Surah Yasin Ayat ke- 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Teka- teki- renungan

SSSA : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Semua murid menjawab : Pedang

SSSA : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri


Panduan Lalu Lintas

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin - Runtuh

Sebahagian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh pada jam 9.30 (2 Jun 2009) pagi menurut berita dari Harian Metro dan tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Panduan Keselamatan Jalan Raya

1. Betulkan tempat duduk
2. Betulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang
3. Pakai tali pinggang keledar(untuk kelas D sahaja)
4. Pastikan gear berada di dalam keadaan bebas sebelum enjin dihidupkan
5. Hidupkan enjin, periksa lampu isyarat “signal”, lampu “double signal”, air, wiper dan hon
6. Gunakan brek dan brek tangan apabila diperlukan
7. Mematuhi peraturan di lampu isyarat
8. Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan
9. Mematuhi peraturan garisan dua selari
10. Memandu di lorong yang betul
11. Memandu kenderaan di jarak yang selamat
12. Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok
13. Mematuhi had laju
14. Memberi keutamaan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal
15. Memandu diselekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul
16. Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan dan lalulintas
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail