Kaki VS Muka...

Seorang lelaki sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki, seorang peramugari telah ternampak perbuatan lelaki itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Lelaki: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kalidalam sehari.
Lelaki: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

CEPAT MASA BERLALU

Sedar tak sedar hari ini adalah hari ke empat (4) dalam bulan Syawal 1430 Hijrah, ini menandakan semua umat islam sudah selesai menjalani ibadah puasa wajib di bulan Ramadan yang baru sahaja meninggalkan kita. Macam mana dengan ibadah yang kita jalankan sepanjang sebulan yang lepas adakah ianya brtambah baik dari tahun sebelumnya? atau bertambah tak baik? itu sama2lah kita renungi...
Pada saat ini ada kebanyakan umat islam yang berpuasa sunat selama 6 hari bermula 2 syawal yang lepas. Selamat menjalani ibadah sunat untuk anda semua..

Bagi aku tahun ini adalah sangat cepat pergerakan jam/ masa..ini kerana masa berjalan begitu pantas, hari berganti hari bulan berganti bulan sungguh cepat aku rasakan ia berlalu dan ini menandakan kita semua perlu bergerak lebih pantas untuk mengejar kebaikan dan memajukan diri...ini semua adalah untuk kebaikan kita, keluarga dan masa depan.

Nuzul Al- Quran

Hari ini 7 September 2009M bersamaan dengan 17 Ramadhan 1430H adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

CERITA LANGIT DAN BUMI

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'Arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama- utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
(dipetik dari 1001 kisah & teladan)

PERLUKAH KITA MENJADI HAMBA WANG??

Ada wang semua boleh jadi, no money no talk, ada duit hati senang, pokoknya wang menjadi satu keperluan besar dalam kehidupan. Berbohonglah jika ada yang kata tak perlukan wang untuk menjalani kehidupan seharian. Masakan tidak, kehidupan seharian, keadaan sekeliling memerlukan wang untuk menjalani rutin harian hatta masuk tandas awam hari ini pun dikenakan bayaran!
Manusia boleh jadi kelabu mata apabila ditimbunkan wang dihadapannya. Jika tidak tak akan ada kes pecah amanah, gelap duit syarikat atau rompakan yang melibatkan mereka yang berkedudukan atau berwang! Allah SWT mengingatkan hamba-Nya bahawa harta, kuasa dan anak adalah ujian. Kemewahan dan kesenengan yang dianugerahkan adakalanya menjadi ujian dan dugaan yang akhirnya tidak mampu ditanggung.
Allah SWT memperingatkan lagi yang paling penting ialah iman dan amal, jika diri dibekalkan dengan kedua-duanya pasti segala kemewahan dan kesenangan yang diperolehi dimanfaat dengan sebaik--baiknya malah rezeki semakin bertambah dari hari ke sehari. Namun tidak ramai yang sedar hakikat kepentingan iman dan amal ini. Apabila mendapat sedikit kemudahan, mula lupa diri. Lupa dari mana asal kita...

KELEBIHAN SUJUD

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

PESANAN MANUSIA KEPADA MANUSIA

Assalamualaikum semua...
Di sini saya ingin memesan/ mengingatkan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang melayari blog ini. Kita semua adalah hamba kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T maka kita disini adalah menumpangnya seata- mata, walaupun hasil yang kita perolehi sekarang adalah atas usaha kita sendri tetapi kita kena ingat walaupn usaha kita tetapi ianya tetap diberi oleh Allah.
Sehebat atau setinggi mana pun kita sekarang janganlah sesekali kita alfa untuk pandang ke bawah sebab sebelm kita berada di atas kita juga memulakannya dari bawah....kadang2 apa yang saya tengok Alah memberi kemewahan/ kesusahan kepada hambanya adalah untuk mengujinya...adakah hamba itu mensyukuri atau menyesalinya...tetapi kita jika berjaya/ senang janganlah cuba menyakiti golongan/ hamba Allah yang kurang mampu dari kita sebab tidak ada manusia di dunia ini yang inginkan hidupnya menjadi susah atau dihina...kita semua harus ingat yang sifat baharu..iaitu benda yang di perolehi semuanya dari ketentuan Allah jika Allah ingin mengambilnya bila2 masa pun boleh..jadi kita haruslah muhasabah diri kita adakah kita dari golongan mana? jika kita di tempat yan senang kita haruslah memberi sokongan kepada golongan di bawah kita, dan janganlah kita sama sekali menyakiti hati mereka dan......
jika kita dari golongan yang di bawah kita haruslah terus berusaha untuk membuktikan kepada yang di atas kita juga mampu berada di sisinya..kerana kita semua adalah sama disisi Allah cuma yang membezakan kita adalah amalam kita bukannya kekayaan/ keegoan kita....Janganlah kita selalu memandang rendah sesama manusia dan juga makhluk Allah yang lain...

HARTA DAN KEMANUSIAAN

Pada zaman sekarang ini semua manusia akan ingkan kekayaan, harta benda,kerja besar dll...saya berkata demikian adalah kerana anak buah saya walaupun masih kecil dan belum bersekolah tetapi dah pandai bercakap mengenai suka duit banyak.., baju suka yang mahal/ jenama..nanti nak keja besar sebab nak gaji bayak bole beli keta besar...bila saya tedengar ungkapan begi dari budak2 kecil otak saya terfikir jika budak sebesar tu boleh suka semua itu manalah mstahil bgi golongan org dewasa..mestilah lagi kebendaan...tapi ini semua tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana zaman ini sesiapa yang tidak mempunyai harta/ wang/ pekerjaan orang akan pandang rendah padanya..orang akan nampak yang golongan jenis ini akan menyusahkan oarang/ golongan yang berkemampuan...tetapi bagi saya kita kena ingat walaupun seseorang itu tidak ada semua itu tetapi dia tetap manusia yg mempunyai hati dan perasaan yg perlu kita jaga..tak semestinya tidak berharta itu buruk kelakuannya an yang kayaraya itu baik tingkahlakunya...kita jangan suka menilai seseorang mellui luaran atau berpandukan harta yang dimiiknya....walau apa pun bagi bagi pendapat saya wang, harta pekeraan, sifat kemanusia dalah sama penting..dan kita kenalah berfikir menggunakan akal yg waras dn janganlah berfikir & bertndak mengikut perasaan semata- mata.
Segala apa yang saya tulis/ luahkan di blog ini adalah pendapat saya dan semuanya saya ambil dri apa yag memang terjadi dalam kehidupan zaman sekaran & juga perbualan saya dengan kawan2 dan orang setempat.Jika ada yang tekena kepada sesiapa saya menyusun 10 jari memohon kemaafan dari anda semua.
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail