Pulang Kerja Lewat

Sekarang jam di pejabat sudah menunjukkan jam 6.15 petang ini bermakna waktu pulang sebenar dah lebih 1 jam 15 minit. Aku masih belum pulang lagi..sekarang di pejabat ini masih ada 3 orang lagi yang masih menyiapkan kerja masing2.

Pada mulanya aku cadang untuk balik awal petang ini tapi itulah yang dikatakan kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan…bukan apa aku tak balik lagi ini sebab ada pelajar dari KUKUM datang jumpa untuk berbincang berkaitan latihan industri. Insya Allah jika tidak ada apa2 hal dia akan lapor diri pada 1 Dis 2009.

Selain dari berbincang dengan pelajar berkenaan aku juga ada berbincang dengan pengarah syarikat berkaitan aktiviti/ projek akhir tahun, keadaan pejabat serta kebajikan kakitangan. Harap2 ianya akan memberi satu berita yang positif kepada semua peringkat.

Jumpa Boss Lama

Isnin - Hari ini aku masuk pejabat seperti biasa iaitu sebelum jam 9 pagi. Hari ni keadaan di pejabat agak sunyi daripada biasa ini disebabkan ada staf yang masih bercuti mungkin tak cukup 3 hari kot…(..depa buat korban tiap2 hari agaknya..)

Tetapi bagi aku cuti ka tak ka samaja..yang penting kerja mesti siap…

Hari ni nak katakan kerja banyak tak la sangat tapi biasalah keja tetap perlu disiapkan mengikut tarikh..tapi dalam kesebokan hari ni aku dan member aku sempat juga keluar cari projek kat luar..aku ada temujanji dengan seorang member dan boss lama aku..lama sungguh aku tak jumpa bekas boss aku ni.. sejak 2004/2005 jika tak salah aku. Kami jumpa di kedai pokok ceri iaitu kedai tempat aku dan member aku selalu lepak..itu pun kami jumpa time rehat bukan time kerja tauuu…Dalam sembang2 tu bekas boss aku ni ada la ceta sikit berkenaan satu projek sampingan tapi bukan MLM. Tapi ianya ada kaitan dengan pembangunan laman web bagi aku boleh dengar la ceta ni sebab bukan jual barang/ ubat..Insya Allah nanti kami akan jumpa lagi untuk bersembang dengan lebih lanjut lagi sebab almaklumlah sembang time rehat mana cukup masa… Apa- pun Alhamdulillah lah sebab walaupun masing2 dah membawa haluan sendiri (keja tempat lain) tetapi ukhwah persahabat masih lagi terjalin.

Jalan Langgar

Jalan Langgar adalah satu jalan utama yang menghubungkan bandaraya Alor Setar ke Daerah Pokok Sena. Ianya juga merupakan satu2nya laluan untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Jalan Langgar kini dalam proses penambahbaikan iaitu pihak kerajaan sedang membuat jalan baru, ianya akan menjadi lebih lebar dan selesa kepada pengguna. Tetapi apa yang hendak saya sampaikan ini adalah keadaan jalan buat masa sekarang..wooo ianya bagi saya boleh dikatakan teruk dan bahaya terutama bila waktu malam dan keadaan hujan… ini kerana jalan ini mempunyai banyak lubang tak kira di tepi mahupun tengah jalan ini yang membimbangkan saya. Ini kerana saya merupakan pengguna jalan ini untuk ulang alik ke tempat kerja.

Bagi pandangan saya seharusnya pihak pemaju/ pihak bertanggungjawab yang membina jalan tersebut haruslah peka….dalam melaksankan kerja maksud saya mereka sediakan lah lampu (yang berkelip) terutamanya pada selekoh yang boleh memberi isyarat kepada pengguna, sekurang2nya boleh memberitahu pengguna (yang jarang melalui jalan itu..).sebab bagi saya ianya sangat bahaya terutama pada sebelah malam kerana jalan tersebut memang gelap. Dan lagi satu tolong lah bersihkan sisa2 batu yang tertumpah dijalan setelah selesai kerja harian kerana ini juga menjadi salah satu punca kemalangan..apa yang dilihat banyak batu2 bersepah di jalan..sudahlah jalan berlubang batu pula bersepah..

Sebagai pengguna jalan ini (jln langgar) saya sangat berharap agar jalan ini dapat disiapkan dengan cepat dan didalam cepat2 itu pun pihak berkenaan haruslah memastikan isu keselamat juga.. dan mudah-mudahan projek ini tidak seperti pembinaan jalan kodiang yang mengambil masa yang begitu lama.

Ibu

Seorang anak akan lebih rapat dengan ibunya. Ini mungkin kerana ibu yang melahirkan kita serta dialah orang yang menyusukan kita dan sebagainya.. seorang anak juga akan mudah mendengar kata2 dari ibu.Alhamdulillah aku masih lagi mempunyai ibu walaupun abah aku sudah 6 tahun pergi manyambut panggilan ilahi. (al fatihah)

Bagi aku ibu akulah segalanya iaitu ibu dan abah kepada kami. Aku masih lagi rapat seperti dulu dengan ibu aku walaupun aku sudah berumahtangga. Kerana bagi aku ibu aku adalah ibu yang terbaik yang pernah aku temui ini (perkataan ini mesti akan keluar dari semua orang yg bergelar anak..) kerana walaupun ada orang mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada kami sekeluarga ibu aku tidak kisah dan ianya masih lagi mampu memberi nasihat kepada kami iaitu anak2nya supaya kami jangan buat macam ni..jgn buat macam tu…sabar dan sebagainya…dia nampak begitu tabah dihadapan kami walaupun aku tahu dia menanggung keperitan itu secara senyap2 (sorang2) kadang kala dia menangis keseorangan. Aku cukup kagum dengan sikap yang Allah berikan kepada ibu ku. Terima kasih Tuhan di atas segala apa yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga…

Esok Hari Raya (Haji..)

Khamis – Esok Hari Raya Aidil Adha ( Raya Haji), dalam kemeriahan umat islam lain untuk menyambut hari raya esok, aku masih lagi bekerja seperti biasa. Aku berasa seperti esok bukan hari raya..aku pun tak tahu apa sebabnya.. mungkin aku rasa begini sebab kepala aku kusut memikirkan tetang kehidupan aku dan apa lagi rintangan yang harus aku lalui (aku rasakan hari demi hari aku banyak diuji..). Ini tidak bermakna aku takut untuk melalui rintangan atau ujian tetapi aku tidak suka melalui ujian seperti mana yang aku lalui sebelum ini. Sebab bagi aku rintangan/ ujian yang aku lalui sebelum ini adalah berpunca dari orang lain atau campur tangan orang luar dalam urusan peribadi aku.Ini yang menyebabkan aku menjadi buntu.

Tetapi apa pun masalah/ ujian aku, aku tetap akan laluinya dengan hati terbuka serta redha dengan apa yang Allah berikan kpd aku. Aku berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan buktikan kepada semua (terutama…) yang aku juga mampu untuk mengharungi semua halangan/ ujian yang datang walaupun aku sedar ianya lambat (utk membuktikannya)..tetapi bagi aku ianya lebih baik dari hanya menekan dan menindas.. sekurang2nya aku cuba melakukan kebaikan walaupun orang lain tidak nampak apa yang aku lakukan. Lagi pun aku tahu aku tidak dapat memuaskan hati semua orang dan apa yang aku lakukan selama ini dan kedepan bukan untuk meminta balasan.

Oklah berbalik kepada kisah raya esok…apa2 pun raya haji esok tetap menyeronokkan aku sebab aku akan beraya dirumah mak aku walaupaun persiapan untuk hari raya sekadar ala kadar sahaja tetapi Insya Allah tetap menyeronokkan. Aku dan isteri akan balik ke rumah mak aku petang ini..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..MINTA MAAF BANYAK2..

Suka Tafsir Sesuatu Melalui Luaran

Ini semua hanya coretan untuk dikongsikan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Bila sebut manusia kita tak akan terlepas untuk melalukan kesilapan…itulah lumrah manusia. Walaupun kita sudah menjadi seorang yang dewasa kita tetapi kadang- kala kita masih berfikir seakan orang yang belum dewasa..

Orang sekarang suka menilai sesuatu dengan hanya melihat apa yang tertera sahaja. Bagi saya sekiranya kita masih lagi mempunyai/ menggunakan kaedah ini seolah2 tidak adil kerana kadang kala sesuatu yang kita nampak diluar tak semestinya sama seperti didalam..kita harus menilai sesuatu melalui luaran dan dalaman..ini lah baru kita boleh dapat sesuatu yang lebih tetap.

Adakah anda setuju dan boleh terima sekiranya kita masih lagi menggunakan kaedah menilai sesuatu melalui luaran sahaja? Jawapan ikhlas dari saya, saya tidak setuju kerana ini akan menyebabkan sesuatu yang kita akan nilai itu boleh menjadi mangsa (inaya) disebabkan penilaian kita tetapi kita boleh menilai dan menghukum sesuatu sekiranya itu benar2 sama dari segi luaran dan dalam. Walaupun boleh menghukum apalah sangat kita ini untuk menghukum sesuatu…

Zaman sekarang kenapa manusia lebih mementingkan kekayaan atau kebendaan? Adakah ini kerana peredaran zaman yang membentuk kita menjadi sebegitu? Atau memang fitrah manusia suka mementingkan benda itu semua..ini tidak bermakna saya kata harta dan kemewahan tidak penting. Bagi saya benda tu semua penting tetapi untuk mengejar semua itu kita tidak sepatutnya melakukannya sampai menyusahkan insan lain. Kita boleh mencabar diri kita sendiri untuk kebaikan dan kemajuan tetapi kita tidak seharusnya di hina di sebabakan kelemahan kita.Adakah dengan menghina sesuatu itu boleh menjadi positif? Jika boleh berapa peratus yang berjaya disebabkan dihina? Dan adakah kejayaan itu akan digunakan pakai dengan cara kebaikan selepas berjaya? atau ianya akan menjadi suatu dendam? (apakah hukum kita menghina orang disebabkan perbezaan taraf/ kelemahan orang lain?) bagi saya kita seharusnya memberi nasihat/ perangsang agar seseorang itu boleh berjaya bukan mematahkan semangatnya.

Perasaan Berceramuk

Rabu – Minggu ini adalah minggu terakhir untuk kita bekerja sebelum semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat 27 Nov 2009..tapi bagi aku walaupun hari raya haji akan menjelang tiba aku masih rasakan tak sedap hati aku pun tak tahu kenapa hati & perasaan aku rasa macam tu. Aku rasa tak kena sahaja semenjak 1-2 minggu ini..aku rasa seolah2 hati & perasaan tak berapa seronok..rasa macam sunyi, rasa sedih..hati aku rasa rindu sangat kepada arwah abah aku. Aku tak pernah lupa untuk menghadiahkannya surah Al Fatihah. Aku pun tak tahu kenapa aku terasa sangat macam ni.

Kadang- kadang aku terasa macam hilang mood..dan kadang- kadang juga aku jadi macam diam (malas bila dengar orang cakap banyak..) walaupun dengan keluarga dan isteri tersayang. Tapi ini semua bukan kerana mereka penyebabnya. Bagi aku mereka adalah insan yang sangat aku perlukan dalam kehidupan harian aku..kerana mereka banyak membantu aku dari perbagai segi.

Fikiran aku menjadi seolah2 mcm buntu bila aku terlalu fikirkan kenapa manusia disekeliling selalu membuat aku & keluarga aku macam2? adakah kerana ini menandakan hari khiamat makin hampir? atau ujian kepada kami sebagai hambaNya? Sebab bagi aku, apa yang kami buat selama ini tidak pernah melibatkan orang lain jauh sekali kami hendak memfitnah sapa2..adakah semua ini kerana kami tak kacau depa..depa berani buat mcm2 pada kami? Kadang2 aku fikir macam bodoh..aku rasa macam nak balas semula kepada depa yang buat mcm tu pada kami tapi atas nasihat keluarga & isteri tercinta dan juga asas gama yang diberikan aku akur dengan apa yang terjadi dan kami semua menyerahnya kepada Allah yang Maha Kuasa semoga Ia dapat memberikan kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala dugaanNya.

Apa2 pun aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hati & perasaan kerana aku sedar sebagai seorang manusia biasa aku tak terlepas untuk membuat kesilapan di atas kelemahan aku sendiri, aku minta maaf banyak2 kepada anda semua..

Cinta Dan Pengajaran

Di sebuah desa ada seorang gadis yang cantik manis. Walaupun begitu, gadis tersebut membenci dirinya sendiri kerana dia buta. Sebenarnya dia membenci semua orang kecuali teman lelakinya yang baik hati dan penyayang.

Teman lelaki gadis tersebut selalu memberi nasihat dan semangat kepadanya agar tidak kecewa dengan keadaan yang dilaluinya. Gadis itu memberitahu teman lelakinya bahawa sekiranya dia dapat melihat semula, dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Pada suatu hari, ada seorang yang bermurah hati telah mendermakan sepasang mata kepada gadis tersebut. Setelah melalui satu pembedahan, akhirnya gadis itu dapat melihat semula.

Dia berasa amat gembira sekali. Dia telah dapat melihat segala yang dapat dipandang oleh mata kasar termasuklah wajah teman lelakinya.

“Sekarang kamu telah dapat melihat dunia di sekelilingmu, adakah kamu akan berkahwin dengan aku?
Gadis itu memandang dan melihat wajah teman lelakinya. Ternyata teman lelakinya itu seorang yang buta. Gadis itu berasa sedikit terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa teman lelakinya seorang yang buta.

Dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya, dengan penglihatan yang dia ada kini, gadis itu akhirnya menolak untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang buta itu kerana dia beranggapan bahawa dia tidak akan bahagia hidup di samping seorang lelaki yang buta.

Lelaki itu sungguh kecewa dengan sikap gadis itu. Dia menulis satu nota yang berbunyi, “Sayang, jagalah sepasang matamu itu dengan baik kerana sebelum ia menjadi milikmu, ia adalah milikku dahulu.”

Begitulah yang selalunya terjadi kepada kita yang bergelar manusia. Hati kita akan cepat berubah apabila status kita berubah. Sebab itulah kita dapati ramai yang lupa daratan apabila sudah menjadi kaya raya.

Manusia seperti kita terlalu mudah untuk menjadi “seperti kacang lupakan kulit”. Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran untuk kita hidup dengan lebih berhemah kerana kehidupan kita di dunia ini adalah anugerah dari Allah.

Sumber : Dari Email

Kisah Juru Jual Dengan Seorang Pelajar

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Zaza.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Zaza,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Zaza.”

“Shampoo?”
“Shampoo Zaza.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, adakah jenama Zaza ini jenama tempatan atau luar negara? kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang kurang baik.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Zaza itu adalah RAKAN SEBLIK saya.” :)

Sumber : Diperolehi dari email.

Job Hari Ini..

Ahad : Hari ini boleh dikatakan banyak keja dan amanat yang harus disiapkan... Antaranya saya perlu meneliti harga cadangan untuk diguna pakai bagi tujuan "pakej keusahawanan melayu" untuk kerja ini saya harus menyiapkannya ini dalam minggu ni juga..ini memandangkan sebutharga itu akan digunakan bagi bulan Disember.

Pada hari juga saya ada membuat perbincangan dengan pihak kewangan mengenai bayaran tertunggak yang masih belum dilangsaikan oleh pelanggan. Hal ini mesti diselesaikan sebelum awal tahun 2010. Selain berbincang dengan pihak kewangan saya juga berbincang dengan pihak pemasaran iaitu salah satu unit penting dalam sesebuah syarikat, dalam perbincangan kami telah sebulat suara memutuskan mengenai program untuk hujung tahun dan awal tahun harus mengikut pakej dan aktiviti yang telah ditetapkan dan laporan harian/ mingguan mesti dihantar mengikut jadual yang ditetapkan.

Satu hari ini saya memang agak sibuk di pejabat nasib baik la saya sibuk jika tak sibuk mungkin perasaan boring akan muncul sebab member saya iaitu Pengurus Teknologi Maklumat mendapat cuti sakit pula hari ini. Tetapi tak apa bila dia masuk esok saya sudah sediakan satu kerja untuk dia iaitu dia kena mengendalikan kursus selama satu hari disini.

Disebabkan kesebokan hari ini saya balik dari pejabat lewat iaitu pukul 7 lebih.Tetapi kira ok la sebab saya masuk pejabat hari pun lewat sikit sebab saya terpaksa ke klinik dahulu awal pagi tadi sebab ada urusan peribadi.

Bikin Pusing Kepala

Bulan ini adalah bulan November tahun 2009..di bulan ini jugalah saya merasakan segala kerja yang hendak dilakukan seperti lembab dan kurang menyerlah..mungkin kerana disebabkan terikut- ikut dengan musin hujan di negeri ini (cuaca lembab). Tetapi walaupun lembab kerja tetap diteruskan dan wajib memastikan segala urusan dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir.

Di dalam bulan ini saya dan pihak syarikat mempunyai 4 kursus yang harus dilaksanakan mengikut jadual yang telah kami tetapkan. Kursus terakhir yang harus kami jalankan untuk bulan ini adalah pada 24 hb ini.

Kebiasaannya bila kursus tamat akan ada seorang dua peserta yang akan "Bikin Pusing Kepala" saya, ini kerana diorang akan menghubungi saya untuk menanyakan sesuatu yang kadang2nya tidak ada kena mengena langsung dengan kursus yang diberikan dan ada juga peserta yang terlebih advance.

Tetapi itu bagi saya adalah biasa walaupun kadang2 saya menjadi tension tetapi ianya juga lucu kerana ada yang menghubungi saya awal2 pagi lagi untuk menanyakan sesuatu (cukup bagus la...)

Walau apa sekali pun saya tetap suka dengan apa yang berlaku ini kerana semua yang berlaku ini adalah masih dalam kategori yang boleh dikawal (walau kadang2 tension..) dan bagi saya ini menandakan mereka memang berminat dengan apa yang diajar dalam kursus sebelum ini. Peserta begini lebih baik dari sesetengah peserta yang bila tamat saja kursus terus senyap serta "basi" & tidak membuat sebarang praktik yang berkaitan kursus yang diberikan. Golongan ini lah yang akan merugikan diri mereka sendiri.

2 Hari Di Sek Men Agama Kedah

Minggu lepas aku dan member aku berada di Sek Men Agama Kedah selama 2 hari kerana Syarikat Kami dipilih untuk mengendalikan Kursus Asas Membina Laman Blog dan Web kepada pelajar tingkatan 4 di Sekolah berkenaan.

Kursus ini adalah anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pihak Pengurusan Sek Agama Kedah dan Syarikat kami.

Kursus ini berkonsepkan teori dan praktikal dimana setiap peserta akan dibekalkan dengan nota mengikut modul yang disediakan dan latihan amali iaitu semua peserta diwajibkan mengendalikan laman blog dan web mereka sendiri. Maknanya setelah tamat kursus peserta akan mempunyai laman blog sendiri (boleh online internet) dan laman web (local host).
Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak penganjur.

Renungan Disebalik Permainan..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”,
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.”Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita… “

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

Sumber diperolehi : dari email
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail