Buat Kepala Tau

28 Jan 2010 - Khamis : Sudah hampir dua minggu aku tak membuka blog ini. Nak katakan aku tak guna internet tiap2 hari aku melayari internet..tapi nak buat macam mana bermula akhir tahun lepas kesibukan melanda syarikat kami..ada yang kerja sampai malam...ada yang waktu rehat pun buat kerja...ada juga yang sampai tak mai kerja..aduh..itu yang bermasalah laaaaaa...hehehehe... syarikat kami sekarang ni Alhamdulillah lah sebab banyak juga dapat job yang sedap2..tapi dalam sedap2 tu pun ada juga yang tak berapa nak sedap..ehmmm..yang tak sedap ni bukannya apa..punyanya dari orang dalam syarikat ni juga yang jenis buat kepala tau..tapi nak kata hampehh tak juga..kadang2 boleh guna juga laa..tapi ....kalau time sibuk/ masyukkkk banyak...

...wujud jugalah idea yang suka mengambil kesempatan..maksud aku ada ja idea2 yang boleh dianggap membodohkan diri sendiri yang dia nak jalankan..suka buat kerja yang bukan sepatutnya kerja dia..tapi nak kata tak cerdik..cerdik tapi konon2nya nak cepat siap dan nak bagi nampak lebih cantik...aduh..macam dia tak tau yang segala design ni kena atas persetujuan pihak pelanggan..bukan boleh 100% ikut kita ja.....sampai orang tengok nampak tak tahawan..adoi...feninggg la macam ni..kalau ada orang macam ni dalam syarikat..

..sekarang ni kami sibuk untuk menyiapkan design iklan web untuk hebahan program 4X4 yang akan dijalankan di Kuala Nerang pada bulan Mac depan, selain tu kami juga tengah siapkan laman web untuk syarikat HR Marketing bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat berkaitan produk dan juga senarai stokis mengikut negeri masing2. tapi macam aku katalah bila ada orang yang idea banyak sangat pun sakit kepala juga..kerja boleh jadi lambat kalau ada orang yang jenis kepala tau..

Tapi atas berkat kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengurusan dan team design Alhamdulillah segala masalah dan kepala tau dapat dikawal dan diberi nasihat dan teguran..hehehe..dan kerja2 pembikinan dapat dijalankan dengan tenang dan seronok walaupun terpaksa kerja lebih masa..

Selamat Tahun 2010 Masihi

Isnin/11 Jan 10 : Sedar tak sedar dah 11 hari kita berada di tahun 2010 masihi.Dan aku rasa belum terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua.. tahun ni aku harapkan agar menjadi tahun yang bermakna & memberi 1001 kebaikan kepada aku dan keluarga. Bukan apa, dihujung tahun lepas aku rasa sangat tertekan dan tercabar dengan dugaan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga..tapi alhamdulillah dengan berkat kesabaran & sokongan dari insan yang bergelar isteri dan keluarga tercinta akhirnya aku dapat atasinya jua walaupun secara mata kasar nampak seperti tidak berubah tapi alhamdulillah..biasalah suatu benda yang tidak betul Insya Allah lambat laun Allah akan tunjukan jua....

Awal tahun ni aku dan rakan sekerja memang sibuk sikit ini memandangkan pada bulan Dis tahun 2009 kami dapat job yang boleh di katakan besar juga lah dan ambil masa juga untuk siapkan dalam tempoh yang singkat...dan masuk2 ja tahun baru..tiba2 syarikat kami dapat pula job untuk menjalankan kursus serta design web dan blog untuk syarikat MLM. Ini lah yang aku baru ja sempat nak up date blog aku, sebab semenjak tengah bulan Dis 2009 sampai minggu lepas aku memang sibuk..sibuk dengan pejabat..sibuk nak bagi komitmen dengan keluarga lagi..itulah yang di namakan kehidupan...Tapi apa2 pun aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam menyiapkan projek akhir tahun aku..mana taknya,sampai berapa hari tidur tak menentu ada yang sampai tak tidur 2-3 hari..sian..tak apa Insya Allah nanti kita dapat ganjaran pahala dari Allah SWT, janji niat kerja kita ikhlas..hehehe...
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail