Program ohhh program...

24 Feb 2011 / Khamis : Cepat sungguh la hari berganti hari..sedar tak sedar dah hari Khamis dah hari ni..adoiiii..cepatnya..ini bermakna tinggal lagi seminggu la program kami dengan Sue Fadzli..

Adoiii..letih rasanya bila program terlalu banyak & padat..untuk bulan Mac saja program dah penuh, ini termasuk dengan program dengan CIDB. Tapi x tau la mcm mana dengan program dengan Sue Fadzli minggu depan ni..promo dah cukup banyak...dah berRM-RM dah...tapi sambutan masih lagi kurang memberangsangkan..adakah ini disebabkan keadaan persekitaran di sini yang kurang berminat dgn program2 mcm ni??? harap2 tu depa berminat la..

Aku pun dah tak tau nak cakap & fikir mcm mn lagi dah untuk program kali ni..usaha dah usaha, doa pun dah..la ni mmg harap pertolongan & restu dari Allah yang maha kuasa ja lah..semoga apa yang kami hajati dimakbulkan, amin.

Program pertama kami untuk bulan Mac ni bermula pada 4 haribulan dan diikuti terus sampai akhir bulan..adoii banyak tu...(harap semua program berjaya)...

Disebabkan program2 nilah kepala otak aku rasa macam nak pecah..mana xnya asyik dok fikir skill nak jayakan semua program yang dirancang ni..sampai kadang2 nak sembang yang lain pun tersebut juga pasai program ni..letih macam ni..

Kerja Ohhh Kerja..

21 Feb 2011 - Isnin : pagi ini aku sampai di pejabat aku pukul 8.23 pagi. aku sampai awal sebab kerja di pejabat aku la ni semakin bertambah..sampaikan aku x tau nak mula buat yang mana dulu..memandangkan semua kerja tu penting dan tarikh akhirnya semuanya dekat2 belaka.

Perasaan ni bukan aku saja yang rasa..member2 pejabat aku yang mana terlibat dengan program yang kami rancang ni semuanya rasa macam aku rasa..


Mai pejabat awal pun balik tetap lewat dari orang yang mai kerja lewat..adoiii...kami memang kalut sungguh semenjak 2 menjak ni..sb program semakin banyak..bila semakin banyak program.. proposal pun semakin bertambah laaa...pemasaran apatah lagi..disebabkan kekalutan kerja kami nilah sampaikan rasa masa begitu cepat dok kejar kami..sedar x sedar dah time rehat tengah hari..rehat sat..masuk balik time kul 2 sambung keja..tut2..dah kul 5 petang time balik pula..kerja x habis2 lagi..balik lewat tu pun masih ada lagi kerja yang x diusik langsung hari ni..padahal sebelum keluar dari umah pg td nak ke pejabat dah set dah apa kerja yang nak aku selesaikan hari ni tapi bila sampai pejabat buat x boleh siap juga seperti mana target..adoiiii...pening + serabut..hari semakin berganjak...tapi kerja semakin belambak...

Aku pun x tau nak buat macam mana dah..tapi apa2 pun yang penting bagi aku..kerja yang diamanahkan mesti siap & hasil mesti berkualiti..itulah matlamat zku..Insya Allah aku & rakan2 boleh menjayakannya..

Serabutttt...

19 Feb 2011 : Hari ni adalah hari Sabtu..biasanya pada hari ini aku cuti..tapi memandangkan pejabat aku ada kursus jadi aku kerja..tapi x pa..aku dah biasa kerja 7 hari seminggu selama kurang lebih 3 bulan berturut2..walaupun sebenarnya badan terasa amat lesu..tapi kadang2 aku lebih suka kerja banyak sebab bagi aku, aku dapat lupakan sekejap masalah/ perasaan rungsing, sedih aku..aku kata macam tu sebab sebenarnya kepala otak aku semakin serabut & caca merba la ni..banyak benda yang aku tengah fikir & tengah aku dok atur..semua benda yang aku dok fikir & atur ni bukan utk aku tapi utk semua..apa org kata?..untuk kebaikan bersama..(lebih kurang mcm tu la aku pun..)

Tapi yang dok jadi serabut kepala otak aku tu apa yang aku dok fikir la ni..beban ni semua x dak sapa pun tau..yang depa tau dok pelece..kutuk ja..awat la semua ni terjadi kat aku??? teruk sangat ka aku ni??? aku memang berharap sangat semoga Allah SWT buka pintu hati orang yang dok buat macam tu kat aku supaya kembali kepangkal jalan..& makbulkanlah segala doa & usaha aku sekeluarga..(*tolong berdoa sama noh..)

Kadang2 tu aku rasa ada yg x kena dalam kehidupan seharian aku..aku rasa macam aku ni dikawal (bukan maksud dikongkong..)..maksud aku..kehidupan aku ni mcm ditentukan/ diarah oleh orang (macam aku kena buat sesuatu tu utk kepuasan org lain dulu..)...tapi sebenarnya x dak la pula sapa2 yg dok arah aku secara berdepan..tapi tak tau lahh....semua ini mungkin juga sebab faktor persekitaran atau keadaan sekeliling aku kot..yang menjadikan aku berfikiran begitu..

Aku sebenarnya cukup bosan dgn apa yg aku lalui sekarang ni..tapi aku berjanji pada diri aku yang aku akan realisasikan apa yang aku sedang atur selama ini dalam tahun ni juga..Insya Allah.

Apa2 pun alhamdulillah & terima kasih serta setinggi2 syukur kepada Allah kerana aku masih lg ada insan yang sentiasa memahami keadaan & menemani hidup aku, insan itu x lain dan x bukan adalah ibu yg disayangi & disanjungi serta isteri tercinta..aku bersyukur sangat2 kepada Allah SWT kerana aku masih ada mereka.

Maulidur Rasul 2011

Aku rasa belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua..

"1Malaysia 1Ummah"

Dah 1 tahun..

Dah lama rupanya...aku tak buka laman blog ni ...last aku edit laman ini adalah pada bulan Feb tahun 2010..ni dah bulan Feb tahun 2011..ni bermakna dah 1 tahun..lama rupanya aku tinggalkan laman ini.

Aku edit laman ini dulu time aku kerja di sebuah syarikat swasta di jalan sekerat, Alor Setar. Tapi la ni aku dah tak kerja situ lagi..walaupun dah tak kerja situ tapi aku masih lagi berhubung dengan kawan2 aku di pejabat lama aku dulu..biasa la walaupun di mana kita ada kawan tetap tak dilupakan..

Saja aku nak kongsikan di sini..yang aku la ni berkecimpung dalam bidang latihan..kalau ada sapa2 yang berminat nak join latihan samada individu skill/ kontraktor boleh la bagi tau aku..kami ada banyak latihan/ kursus yang disediakan..yang sempoinya kursus yang tempat aku jalankan ni ada yang free & ada yang berbayar..

Permata Yang di Cari

.

Sila klik pada gambar iklan di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail