Mengumpat

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak berbuat sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (AL-HUJURAAT: 12)

Ketika Satu Pintu Tertutup

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering kali terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan kepada kita. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Waktu kamu lahir, kita menangis dan orang-orang disekeliling kita tersenyum. Jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang-orang disekeliling kita menangis. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan. Keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Jadikan diri kita bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering hanya menjadi tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

PERCAYAKAN BOMOH ??

KESIAN....
artikal ini diambil dari sebuah akhbar tempatan...

BUKIT MERTAJAM: Angkara percaya tilikan bomoh, seorang pelajar IPT trauma akibat dibelasah dan ‘ditawan’ sekumpulan rakan senior selama tiga jam kerana dituduh mencuri dompet, jam tangan, telefon bimbit dan kasut mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa, seorang pelajar IPT di Selangor, berusia 19, yang baru sebulan mendaftar masuk ke universiti itu, berjalan seorang diri menuju asrama universiti berkenaan.Dia kemudian dipanggil dua pelajar senior dan ditarik masuk ke bilik sebelum ditumbuk dan ditendang.“Saya tidak tahu kenapa dipukul. Selepas saya dibelasah termasuk ditumbuk pada bibir hingga berdarah, baru mereka tuduh saya mencuri barangan milik mereka.
“Saya menafikan tuduhan itu. Namun, saya diugut akan terus dipukul jika enggan mengaku mencuri,” katanya.
Menurut pelajar berkenaan, dua pelajar terbabit memukulnya di kepala dan bahu dengan cota serta lampu suluh panjang menyebabkan dia menjerit kesakitan.“Mereka menuduh saya mencuri semata-mata kerana percayakan bomoh kononnya nampak wajah saya ketika menilik sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” katanya.
Iktibar....
Inilah perbuatan yang tersangat besar musibahnya iaitu kerja-kerja MEMFITNAH dan MENGHUKUM TANPA USUL PERIKSA.

Persediaan Menjelang Perkahwinan

Hujung bulan Mei pada setiap tahun adalah musim kenduri di semenanjung terutamanya, ini kerana pada bulan ini cuti penggal persekolahan akan bermula. Memandangkan akan ada banyak majlis perkahwinan, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang berkenaan semoga akan diberkati olehNYA dan bahagia serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya Allah. Aku dapat merasakan yang bakal bergelar raja sehari sekarang ni mesti asyik menghitung hari..menunggu hari bahagia mereka. Manakala kepada semua ibu bapa pula mesti ada yang sedih hati bercampur gembira kerana sedih akan berpisah dengan anak kandung (bagi yg anak perempuan, mengikut suami) & gembira sebab akan mendapat menantu (bertambah ahli keluarga)..apa2 pun tahniah aku ucapkan kepada anda semua..
Tetapi aku ingin mengingati anda semua di dalam kegembiraan untuk melangsungkan perkahwinan anda semua mesti berhati- hati dengan manusia sekeliling anda( termasuk saudara mara / kenalan rapat) ini sebab kita tidak tahu apa niat di dalam isi hati mereka…sebab sekarang ni banyak orang yang suka berpura- pura gembira, baik & suka dengan perkahwinan/ majlis yang kita/ keluarga adakan sedangkan di dalam hati telah memasang niat buruk untuk mempurak perandakan orang (perkahwinan)..TERLEBIH DAHULU AKU MOHON MAAF, AKU BUKAN BERTUJUAN INGIN MENCERITAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN TETAPI INI SEKADAR RENUNGAN & PERLU DI MUHASABAH OLEH KITA SEMUA….aku mengatakan sebegini rupa sebab benda ini sememangnya pernah terjadi di kampung aku. Kejadian ini terjadi ( bukan sekali tetapi banyak kali dengan golongan/ orang yg sama) disebabkan terdapat orang yang hanya bertopengkan manusia menetap di kampung aku inilah masalahnya.. Untuk pengetahuan semua yang membaca blog ini, manusia ini adalah jenis kaum hawa (perempuan) dia ini suka berpura- pura baik, depan lurus belakang berkait….dia ni telah cuba merosakan rumahtangga orang sudah banyak kali..(dia memenag terkenal perangainya di kampung aku) dia suka menceritakan tetang keburukan pengantin/ orang kepada keluarga sebelah mertua dan sebaliknya dengan tujuan untuk pecah belah..biasanya manusia ini akan mereka cerita dan berlakon baik supaya orang mempecayainya…kami satu kampung cukup kenal dengan manusia ini dan kebanyakan orang kampung cop dia “pompuan mulut jahat” Astafirallahalazim..na'u zubillah..aku bukannya berniat untuk menceritakan keburukan perempuan ini tetapi aku sekadar ingin mengingati anda semua tetang bahayanya jika di tempat, kawasan perumahan, kampung kita mempunyai manusia jenis ini. Dan nasihat aku, anda semua cubalah berhati- hati dengan semua orang sebab sekarang ni banyak orang suka pura2 & hati busuk, depan lain belakang lain..dan juga kepada sesiapa yang suka mendengar/ mencari cerita dari manusia yang jenis ini aku nasihatkan janganlah mudah percaya sebab tidak ada manusia baik yang akan menceritakan tetang kejahatan/ keaiban orang lain secara langsung…(renunglah...) walhal benda yang disampaikan itu belum tentu benarnya... & boleh mempurak perandakan hubungan silatulrahim sesama manusia (apa hukumnya?) dan janganlah kita suka mencari kesalahan/ kelemahan orang lain sedangkan kita juga seorang hamba yang lemah.
Dan Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia tidak akan masuk syurga.

Jabatan Pelajaran Kedah Diserbu Pencari Kerja

Hari ini jalan Stadium Darul Aman di Alor Setar Kelihatan begitu sesak dengan kenderaan & orang ramai berpusu- pusu menuju ke JPN Kedah ianya bermula dari awal pagi hingga ke petang hari ini berikutan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengadakan " temuduga terbuka" untuk 4 jawatan iaitu :

1.Guru siswazah kontrak
2.Pegawai tadbir kontrak
3.Penolong pegawai tadbir kontrak
4.Pembantu tadbir kontrak

Mengikut sumber bernama temuduga ini akan di lanjutkan sehari lagi iaitu sehingga 14 Mei 2009/ Khamis berikutan terlalu ramai orang membuat permohonan.

HAND PHONE HILANG...

Petang tadi semasa aku dalam perjalanan balik ke pajabat aku dari Jitra/ changloon aku dapat panggilan dari kakak aku, aku tergejut la juga sebab dengar suara dia macam sedih jaa...aku pun tanya la sebab apa.. dia bagi tahu aku yang handset dia hilang.Oooo patutla.. aku tanya la dia mcm mana boleh hilang & kat mana hilang?(macam polis la pula aku nie..) dia jawab hilang di dalam pejabat dia.(jawapan yang pelek bagi aku) aku bagi tahu dia yang handset dia tak hilang kot mungkin member sembunyi...dia kata tak memang hilang sebab semua member dia tolong cari dah tapi tak jumpa, call tak dapat...pelek aku kata..dan aku terus buat keputusan kalau benda tu tak dapat juga sampai time balik keja ini bermakna member dialah yang curi aku kata, sebab mana ada member buat lawak macam tu sebelum ni pada dia.(pertama kali nie) Jadi aku nak pesanlah pada diri aku sendiri dan semua yang membaca blog ni supaya berhati- hati walaupun dengan kawan sendiri. Pencuri ada di mana- mana sekarang ni..

TIPU WAKTU PUNCH CARD

Hari ini 11 Mei 2009/ Isnin aku ada temujanji dengan pengurus sebuah syarikat bumiputra di Jitra. Temujanji itu pukul 11.00 pagi, tetapi aku sengaja datang awal hari ini ke pejabat sebab aku dengar ada member aku bagi tahu ada orang tipu "punch card" jadi aku nak tengoklah sipakah gerangan orang itu....jeng..jeng..tetapi usaha aku hari ini tidak berhasil sebab aku tak dapat tengok gerangan orang itu sebab semuanya berjalan dengan baik..maksudnya tak ada orang tipu 'punch card' hari ini..ok tak apa untuk kali ini..tunggu..

MENGUMPAT & FITNAH

Mengumpat : Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaanya.

Memfitnah : Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah; Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Antara sebab-sebab berlakunya perbuatan keji ini;
Wujudnya sifat iblis dan syaitan dalam diri manusia yang tidak senang hati apabila saudara mereka mendapat kesenangan bahkan merasa terhibur apabila saudara mereka ditimpa musibah dan derita.

Akibat mengumpat dan memfitnah;
1. Hubungan silaturrahim akan terjejas, masyarakat kucar kacir, negara tidak akan makmur seperti sebelumnya. Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim tidak akan masuk syurga.
2. Berlaku permusuhan dan huru hara, hidup akan menderita di dunia dan yang tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka yang amat pedih di akhita kelak.

Renungakanlah wahai saudara ku... Umur dunia semakin singkat, kemusnahan dunia pasti berlaku, tanda-tanda sudah terbongkar, insaflah dan bertaubatlah...

Mutiara Al- Quran

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA LAGI : KENAPA RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB : “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

LANTAS KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB : QURAN MENJAWAB “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan, Renungkanlah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat, Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar, Berilah ucapan sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya.. Buat Puan Ramdziah Abdullah... "Selamat Hari Ibu" segala jasa & pengorbananMu tetap dikenang hingga ke akhir hayat..saya sayang mak.. ikhlas dari anakMu.

Renungan (3 lawan 1)

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.

Untuk MU Ibu (hari IBU 11 Mei 2009)

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang
Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untukkebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail