Lapor Pada Bank Negara jika pinjaman ditolak

Dipetik dari Mingguan Malaysia pada 11 Jan 2009/ Ahad

BUTTERWORTH 10 Jan. - Institusi perbankan di seluruh negara diarahkan meluluskan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang ingin melaksanakan projek-projek pembangunan negara. Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pihak bank tidak mempunyai alasan untuk tidak meluluskan permohonan pinjaman khususnya daripada pemohon yang menjalankan projek-projek yang mampu disiapkan dalam jangka masa singkat. "Walaupun dalam keadaan negara merasai tempias krisis ekonomi yang sebenarnya melanda negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi sebagai institusi perbankan tempatan, mereka mempunyai amanah yang harus dilaksanakan demi menunjukkan keyakinan kepada pihak swasta bahawa ekonomi negara kita berada dalam keadaan baik," katanya. Beliau menegaskan, sebagai sebuah institusi beramanah, bank perlu berpegang kepada amanah itu untuk memberi pinjaman kepada pemohon mengikut ekuiti dan sistem yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi perbankan.
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail