ALOR STAR kembali ke ALOR SETAR
6:04 PTG

ALOR STAR 14 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah memutuskan supaya ejaan nama ALOR STAR diubah ke nama asalnya, ALOR SETAR untuk digunakan secara rasmi. Sehubungan itu, kata beliau, nama baru tersebut akan dikuatkuasakan selepas pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan arahan penggunaannya kepada semua jabatan kerajaan negeri termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Catat Ulasan