Keistimewaan Zulhijah

ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah. Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36)Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun Islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim a.s dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s sehingga zaman Rasulullah s.a.w. Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah bagi Muslim yang mengharapkan keredaan dan pengampunan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah.Sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari)Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Borang / Cadangan / Pendaftaran :

Nama:
No. Tel:
Email :
Pertanyaan :

form mail